Sebut sahaja Indomie pasti ramai yang akan terliur. Kalau pesan Indomie di mamak, pasti akan dihidangkan bersama telur mata goyang yang akan menambahkan lagi kesedapan Indomie ini. Lagi-lagi kalau telur kuning itu pecah dan sebati dengan Indomie anda.
Restoran yang pakar dalam menghasilkan Indomie awesome di Sungai Besi, IndoBowl nampaknya telah membuka cawangan baharu di SS15. Makin dekatlah peminat Indomie sekitar Subang Jaya, Petaling Jaya dan Shah Alam untuk merasa kesedapan menu di IndoBowl selepas ini.
Menu Indomie di Indobowl bukan biasa-biasa kerana setiap makanannya memang sedap belaka. Kami sendiri pernah makan di sini dan memang terbaik! Recommended menu di sini semestinya Indomie Iga Bakar. Daging bakar yang dihidang ini memang sedap, lembut dan apabila dimakan pula dengan sambal yang diberi bersama, memang nikmat dunia. Tak sama dengan Indomie kosong yang ada di kedai mamak.
Sebenarnya bukan hanya Indomie sahaja yang ada di sini. Ada juga menu nasi jika anda tidak mahu makan mee. Kalau anda ada rakan, jangan lupa untuk pesan signature dish mereka, IndoBowl Indomie Mumbo Jumbo.
Cawangan ini sudah pun dibuka dan apa tunggu lagi, tag dan ajak penggemar Indomie Untuk cuba makan di sini!
IndoBowl SS15 Subang Jaya
Alamat: 66 Jalan SS15/4c, SS15, 47500, Subang Jaya