Kadang-kala, kita sebagai pelanggan pasti pernah menghadapi situasi di mana menerima ayam bersaiz kecil walaupun bayar pada harga standard. Buat mereka yang berani, pasti akan minta tukar namun belum tentu akan mendapat ganti.

Baru-baru ini, seorang pengguna X bernama @pickyhn telah berkongsi satu kisah menarik tentang seorang staf dari sebuah restoran makanan segera yang berbudi bahasa dalam menyantuni pelanggan berhubung saiz ayamnya.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →
Marrybrown
Sumber Gambar: X

Difahamakan dia telah membeli satu set ayam di Marybrown KIP Mart Melaka tetapi saiznya pula yang agak kecil berbanding yang sepatutnya yang diterima.

“Maaf bang, hari ini ayam kita kecik-kecik, jadi saya bagi abang satu lagi ayam sebagai ganti ye. Maaf tau,” ciapannya.

Tetapi alangkah terkejut apabila stafnya sendiri memohon maaf berhubung isu tersebut lantas memberi satu ayam tambahan sebagai ganti.

Perkongsian kisah tersebut langsung menjadi perhatian netizen dan rata-ratanya memuji tindakan staf berkenaan kerana bersikap jujur dan sedia menggantikan ayam demi memberikan layanan terbaik kepada pelanggan.

Ramai turut menunjukkan sokongan kepada jenama Marrybrown dan berharap staf berkenaan diberikan kenaikan gaji dan penghargaan kerana gestur yang dipamerkan itu benar-benar menyentuh hati ramai dan pasti menjadi kebanggaan buat jenama tersebut.

Selain itu, ada yang pernah mencuba menu ayam Buttermilk juga memberi maklum balas yang ia memang sedap selepas ditanya oleh sebahagian netizen lain.