Marrybrown, Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar di Malaysia telah mencipta sejarah dengan pembukaan restoran pertamanya di Melbourne, Australia.

Restoran itu dibuka secara rasmi di Burwood One Shopping Centre, Melbourne pada Rabu lepas, 24 Mei 2023 dan ia QSR Halal tempatan pertama yang dibuka di Australia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan pembukaannya, ramai pelanggan beratur untuk mencuba makanan enak seperti MB Crispy Chicken, Chicken ‘n’ Chips meal, Ultimate Chicken Burger, dan juga MB Nasi Lemak.

Menerusi laporan, ada pelanggan yang terpaksa beratur selama dua jam hanya untuk merasai makanan di Marrybrown dan ada juga rakyat Malaysia berada di sana tidak melepaskan peluang untuk membeli hidangan yang mengingatkan mereka akan negara tanah tumpahnya darah mereka.

Malah, Marrybrown akan terus bertekad untuk mengembangkan bisnesnya di setiap negeri di Australia dengan pembukaan 30 restoran pada masa akan datang.

Sehingga hari ini, Marrybrown telah melayani jutaan pelanggan dan mempunyai lebih dari 500 restoran di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai yang tertinggi untuk pengalaman makan yang terunggul.