Filem yang dilancarkan pada 14 Disember yang lepas di Malaysia, Star Wars: The Last Jedi berjaya merangkul 5 anugerah di Empire Awards 2018. Acara gilang gemilang tersebut dijalankan di London Roundhouse, London semalam.

Acara tersebut telah menobatkan filem Star Wars: The Last Jedi sebagai Best Film. Selain itu, filem tersebut juga menerima anugerah dalam kategori Best Visual Effect dan Best Costume Design.

Tidak lupa juga para pelakon yang menerima anugerah melalui filem ini seperti Pelakon Terbaik yang dianugerahkan kepada Daisy Ridley yang memegang watak Rey manakala Mark Hamill yang memegang watak Luke Skywalker menerima anugerah Empire Icon. Pengarah Rian Johnson turut menerima anugerah Pengarah Terbaik.

daisy-empire-awards

mark-hamill-empire-awards-2018

Pada acara itu juga, Steven Spielberg diberi penghargaan sebagai Empire Legend of Our Lifetime Award.