Bersempena musim panas, Starbucks telah melancarkan kolaborasi istimewa bersama kumpulan pop sensasi Korea Selatan, Blackpink yang bakal mencetuskan pengalaman baharu buat peminat mereka di Malaysia.

Kerjasama eksklusif bersama Blackpink yang dinanti-nantikan di rantau Asia Pasifik itu akan memperkenalkan minuman Frappucino ikonik berserta koleksi bekas minuman dan barangan gaya hidup bertemakan Blackpink eksklusif di cawangan Starbucks terpilih di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Koleksi barangan tersebut akan mula dijual pada pada 25 Julai menampilkan sentuhan cetakan gaya coretan Blackpink dengan elemen ceria dan berani, selain ciri khas yang diinspirasikan daripada kumpulan yang cukup terkenal dengan lagu How You Like That itu yang pasti akan membuatkan Blinks teruja.

Menerusi kolaborasi tersebut, Blinks dan penggemar Starbucks boleh mendapatkan koleksi 11 jenis bekas minuman dan enam aksesori gaya hidup yang hadir dengan palet warna merah jambu dan hitam dengan motif grafiti funky, sekali gus melambangkan identiti kumpulan itu.

Antara koleksi edisi terhad tersebut termasuk tumbler, mug, beg, rantai kunci, apron, pemegang passport dan tikar yoga.

Sementara itu, minuman Blackpink Strawberry Choco Cream Frappucino juga diperkenalkan dimana ia tampil dengan cita rasa tersendiri dalam tema warna hitam dan merah jambu yang turut membangkitkan aura ranggi dan energetik Blackpink yang kini sedang sibuk menjayakan konsert jelajah Born Pink mereka di serata dunia.

Bagi ahli Starbucks Rewards, anda berpeluang menikmati minuman tersebut lebih awal pada hari ini sebelum ia dibuka kepada pelanggan lain secara umum dua hari selepas itu.