Setakat hari ini, rakyat Malaysia masih teguh bersolidariti dengan rakyat Palestin dalam memboikot produk-produk berkait Israel. Jadi, ada beberapa rangkaian jenama antarabangsa yang terkesan dengan kuasa boikot rakyat tempatan.

Terbaharu, seorang wanita daripada United Kingdom berminat untuk melihat sejauh mana solidirati Malaysia terhadap umat Islam yang ditindas ketika ini di bumi Gaza dengan memboikot salah satu rangkaian kopi terkenal iaitu Starbucks.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video yang dirakam secara sembunyi, keadaan kedai Starbucks kelihatan lengang dan hanya tersisa sedikit individu yang sedang duduk ketika itu.

Secara keseluruhannya, dia menyimpulkan rakyat Malaysia sangat konsisten dalam menunjukkan kesetiaan kepada rakyat Palestin walaupun sudah beberapa bulan berlakunya konflik itu.

Malah, dia kelihatan tersenyum puas dengan usaha solidariti rakyat tempatan di samping mendoakan agar semua diberikan ganjaran dan dikurniakan rahmat oleh Allah S.W.T.

@sairahayati

Very impressed by the solidarity shown by fellow Muslim Malaysians. May Allah reward you for your efforts, and his blessings upon you in abundance. #sairahayati #fyp #malaysia #malaysiatiktok #starbucks #uk #london #muslim

♬ original sound – saira(Mansion)hayati

Sementara di ruangan komentar, netizen tempatan turut gembira melihat perkembangan solidariti tersebut dan berminat meneruskan boikot  secara senyap. Di samping itu, mereka juga mendedahkan sudah beralih ke jenama alternatif lain yang tidak berkait Israel.

Sumber Gambar: TikTok @sairahayati
Sumber Gambar: TikTok @sairahayati

Tidak kurang juga, ada yang mendakwa bahawa segelintir  individu masih membeli Starbucks menerusi perkhidmatan delivery supaya sukar dikesan.

Walaupun begitu, kesan boikot boleh dilihat berjaya kerana mereka dilaporkan mengalami kerugian lebih jutaan ringgit di samping ada kedai yang terpaksa tutup operasinya kerana ketiadaan jualan.