Sekiranya anda mengikuti perkembangan semasa dalam dan luar negara, pastinya anda cukup tahu antara jenama yang paling terkesan dengan isu boikot pada sejak akhir-akhir ini adalah Starbucks dan McDonald’s.

Malah, dapat dilihat rata-rata cawangan dua jenama ini dalam negara mengalami penurunan pelanggan yang mendadak sehingga mengakibatkan kerugian bersih mencecah RM42.58 juta kepada syarikat induk Berjaya Food.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, Instagram Starbucks Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai ‘Truth Matters’. Kenyataan ini merujuk kepada dakwaan palsu yang dibuat terhadap jenama ini serta pendirian Starbucks Malaysia.

Menurut Starbucks Malaysia yang memiliki 400 cawangan serta lebih 5,000 pekerja termasuk individu kurang upaya, mereka akui tidak mempunyai agenda politik serta menyokong insiatif bagi meningkatkan komuniti tempatan.

Selain itu, Starbucks Malaysia mengesahkan mereka menjunjung tinggi kemanusiaan serta mengutuk kekerasan, kehilangan nyawa individu yang tidak berdosa serta kesemua kebencian.

Jawab dakwaan Starbucks memberi sokongan kewangan kepada Israel?

Menurut Starbucks Malaysia, dakwaan tersebut adalah tidak benar. Tuduhan tentang Starbucks atau Howard memberikan sokongan kewangan kepada Kerajaan Israel atau Angkatan Tentera Israel adalah tidak tepat.

Starbucks adalah sebuah Perusahaan tersenarai awam dan oleh itu diwajibkan untuk mendedahkan setiap pemberian korporat setiap tahun melalui kenyataan proksi.

Jenama ini turut mengakui tidak pernah menyalurkan keuntungan kepada kerajaan Israel.

Perkongsian di atas hanyalah merujuk kepada pendirian Starbucks Malaysia seperti yang dikongsikan menerusi laman rasmi jenama ini.