Bagi peminat Starbucks, ini saatnya untuk anda ke Starbucks terdekat anda untuk nikmati kopi bersama rakan atau keluarga anda.
Starbucks Malaysia kini kembalikan promosi hebat ‘beli 1 percuma 1’ untuk peminat setia jenama tersebut hari ini, 11 Julai 2023 sepanjang hari.

Baca Juga:
- Pelajar Di Melaka Terpaksa Bayar Sehingga RM44 Untuk Minuman Starbucks Kerana Tak Faham English
- Mengapa Barista Starbucks Kerap ‘Tersalah’ Eja Nama Pada Cawan Pelanggan
- Bagaimana Starbucks Bermula, Kisah Menarik Sebelum Francais Ini Berkembang Ke Seluruh Dunia
Promosi ini hanya boleh ditebus apabila anda membuat pembayaran menggunakan kad Starbucks ataupun dengan aplikasi Starbucks Mobile.
Anda hanya perlu memilih dan membeli mana-mana minumanĀ handcrafted dalam menu dan anda boleh tebus satu lagi minuman yang harga kurang daripada minuman dipilih.
Adalah diingatkan bahawa promosi ini tidak sah untuk menebus mana-mana baucar atau promosi yang lain. Promosi ini tersedia di kesemua cawangan Starbucks Malaysia kecuali di Sunway Lagoon.