Pastinya ini berita baik buat penggemar kopi Starbucks di luar sana. Starbucks kini hadir dengan Starbucks Doubleshot Espresso dalam tin.

Menariknya, Starbucks Doubleshot Espresso ini tersedia dengan 4 perisa yang menarik iaitu Classic Espresso, Classic Americano, Caramel Macchiato dan Dark Mocha.

Anda boleh dapatkan minuman dalam tin ini di semua cawangan kafe Starbucks, 7-Eleven dan Cold Storage dalam Malaysia. Harga bagi minuman ini dipercayai bermula dari RM7.90, tetapi bila akan dipasarkan masih belum diketahui. Mudahlah lepas ini nak dapatkan minuman kegemaran jika teringin, lagi-lagi caramel macchiato.