Sebut mengenai Perlis, pasti para netizen membayangkan negerinya yang kecil, aman serta bebas daripada kesesakan jalan raya. Sering menjadi bahan jenaka berikutan #PerlisIsSoSmall sebelum ini bukan sahaja membuatkan sebarang berita melibatkan Perlis disambut baik rakyatnya, malah sejumlah besar para netizen.
Terbaharu, muncul pula sebuah perkongsian di mana Starbucks bakal membuka cawangan di Kangar Jaya, Perlis. Meskipun baru sahaja papan tanda yang dinaikkan, para netizen khususnya mereka yang pernah menetap di Perlis nampaknya teruja dengan kehadiran rangkaian kedai kopi ini sekaligus melabelkan kehadiran Starbucks sebagai satu kemajuan.
Hi @StarbucksMY welcome to Perlis is so small. pic.twitter.com/l4SL0JvPJj
— Rakyat ke-8 πΊπ²πΎ (@OhMyPerlis) December 17, 2020
Dalam pada itu, kehadiran Starbucks di Perlis ini nampaknya tidak terlepas menjadi bahan jenaka para netizen dengan membayangkan sambutannya apabila mulai dibuka kelak. Berikut merupakan antara komen netizen mengenai pengumuman pembukaan Starbucks di Perlis.
Kalau ada promosi ni mau beratur panjang sampai ke Kedah ni. https://t.co/djlWLDSxnu
— Aiman Psikologi π²πΎ (@AimanPsikologi) December 18, 2020
Maka tiap2 hari, 8 orang saja yg beli mantap, pindah ke perthlis skrg juga https://t.co/RsZmNsHG8b
— sen-jutsu (@mirfan____) December 17, 2020
Ni kalau ada sale beratur tak sampai 10 minit tunggu. https://t.co/S8WxGztMYU
— π²πΎ (@ersyadjailani) December 17, 2020
Kemaih cendoi https://t.co/XjmXUOjgXh
— Ahrill (@ahrillsyahrill) December 17, 2020
Difahamkan rangkaian Starbucks ini dijangka bakal dibuka menjelang 2021. Sebelum ini kehadiran McDonald’s di Perlis berjaya menarik perhatian ramai sehinggakan para pelanggan terpaksa beratur panjang semata-mata untuk menjamah hidangan McDonald’s. Sama-sama kita nantikan sambutan Starbucks di Perlis tidak lama lagi.
Pada awal tahun ini, Perlis pernah diiktiraf sebagai negeri paling selamat di jalan raya. Turut dikongsikan, Spider-Man Perlis yang berjaya mencuri tumpuan ramai menerusi kostum yang dipakai.
Bukan Sekadar Kostum, ‘Spider-Man Perlis’ Akui Pernah Disengat Labah-Labah Sewaktu Kecil
Ladang Bunga Matahari Di Perlis, Destinasi Percutian Terbaharu Yang Anda Perlu Terokai