Pastinya anda masih ingat akan filem Kung Fu Hustle yang pernah menawan jiwa anda pada satu masa dahulu dengan jalan cerita lucu dan padat dengan aksi. Kini, sekuel filem ini sedang dalam perancangan dan berita ini disahkan sendiri oleh tuan pengarah serta pelakon utama Kung Fu Hustle, Stephen Chow.
Walau bagaimanapun, Stephen Chow hanya akan muncul sebagai cameo sahaja dalam filem sekuel tersebut. Pastinya bagi anda peminat filem tersebut akan berasa sedikit kecewa dengan pengumuman tersebut.
Menurut Stephen Chow, filem Kung Fu Hustle akan memulakan pengambaran setelah sekuel filem Mermaid arahannya selesai.
Selepas 15 tahun, baru keluar sekuel untuk filem Stephen Chow ini. Jika Kung Fu Hustle pertama berlatarkan tahun 1940an, mungkinkah filem kedua ini akan berkisarkan kung fu di zaman moden pula? Namun, tarikh bila filem ini dijangka akan siap masih belum diumumkan. Anda teruja dengan berita ini?