Saingan Liga Premier Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) 2024 bagi Grand Prix (GP) Perak akan bermula pada petang esok dimana tumpuan peminat sepak takraw tanah air akan beralih ke Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Undian baharu yang dilakukan di Kuala Terengganu tempoh hari menyaksikan juara dua GP sebelum ini, Kuala Lumpur (KL) Thunder berada dalam satu kumpulan bersama-sama Penang Black Panthers dan ATM Guardians.
Baca Juga:
- Peminat Sepak Takraw Thailand Puji Penganjuran STL
- STL 2024: Kedudukan Terkini Selepas Berakhir 2 Grand Prix
- Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Format Baharu Liga Premier STL 2024
Manakala Terengganu yang muncul naib juara di gelanggang sendiri pula dalam kumpulan B bersama Kelantan Warriors dan Negeri Sembilan Antlers.
Tuan rumah, Perak Bison sudah kali ketiga berturut-turut diundi satu kumpulan bersama dengan Selangor Pistons dan satu lagi slot kumpulan C diisi PDRM Defenders.
Sementara itu kumpulan A pula menampilkan tiga pasukan yuang masih belum pernah mengecapi sebarang kemenangan iaitu Johor Tigris, Bomba Fighters dan KPT-MASUM Knights.
Debaran untuka aksi sulung bakal dirasai apabila perlawanan pertama dijadualkan berlangsung pada jam 3.00 petang esok.
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bagi STL 2024 GP Perak:
Hari Pertama (9 Oktober 2024 – Rabu)
1) Penang Black Panthers lawan ATM Guardians – 3.00 petang
2) Kelantan Warriors lawan Negeri Sembilan Antlers – 4.30 petang
3) KPT-MASUM Knights lawan Bomba Fighters – 8.00 malam
4) Perak Bison lawan Selangor Pistons – 9.30 malam
Hari Kedua (10 Oktober 2024 – Khamis)
1) Johor Tigris lawan KPT-MASUM Knights – 3.00 petang
2) PDRM Defenders lawan Selangor Pistons – 4.30 petang
3) Terengganu Turtles lawan Kelantan Warriors – 8.00 malam
4) KL Thunder lawan Penang Black Panthers – 9.30 malam
Hari Ketiga (11 Oktober 2024 – Jumaat)
1) Negeri Sembilan Antlers lawan Terengganu Turtles – 3.30 petang
2) Bomba Fighters lawan Johor Tigris – 5.00 petang
3) ATM Guardians lawan KL Thunder – 8.00 malam
4) Perak Bison lawan PDRM Defenders – 9.30 malam
Sementara itu, suku akhir dijadualkan berlangsung petang 12 Oktober (Jumaat) bermula jam 3.00 petang.
Aksi separuh akhir pula diadakan pada jam 12.00 tengah hari dan 1.30 petang (13 Oktober), kemudiannya disusuli penentuan tempat ke-3/4 manakala perlawanan akhir pula pada sebelah malam 13 Oktober (Ahad).