Saingan Liga Premier Sepaktakraw League (STL) 2025 akan diteruskan bermula petang esok dimana Stadium N9 Arena, Nilai bakal menjadi tuan rumah bagi Grand Prix (GP) Negeri Sembilan.
Stadium dengan kapasiti 5,000 penonton itu bakal disajikan dengan permainan sepaktakraw yang cukup menarik daripada kesemua pasukan bertanding.
Baca Juga:
- STL 2025: Keputusan Undian Kumpulan Bagi GP Negeri Sembilan
- STL 2025: Kedudukan Terkini Selepas Berakhir GP Terengganu
- STL 2025: Senarai Penuh Pemain Dalam Saingan Liga Premier
Berdasarkan undian GP Negeri Sembilan yang telah dilakukan minggu lalu, tuan rumah berada dalam kumpulan sukar apabila telah diundi bersama-sama juara GP Terengganu iaitu Melaka Titans dan Kuala Lumpur Thunder.
Kumpulan lain pula menyaksikan ATM Guardians, Selangor Pistons, Johor Tigris berada dalam kumpulan A manakala Kumpulan B dibarisi PDRM Defenders, Kelantan Warriors dan Penang Black Panthers.
Perak Bison pula bakal menghadapi cabaran Terengganu Turtles dan Bomba Fighters dalam kumpulan C.

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bagi STL 2025 GP Negeri Sembilan:
STL 2025 – GP Negeri Sembilan
Hari Pertama (2 Julai 2025 – Rabu)
1) Kelantan Warriors lawan Penang Black Panthers – 3.00 Petang
2) Bomba Fighters lawan Terengganu Turtles – 4.30 Petang
3) Selangor Pistons lawan Johor Tigris– 8.00 Malam
4) Negeri Sembilan Antlers lawan Melaka Titans – 9.30 Malam
Hari Kedua (3 Julai 2025 – Khamis)
1) Johor Tigris lawan ATM Guardians – 3.00 Petang
2) Melaka Titans lawan Kuala Lumpur Thunder – 4.30 Petang
3) Terengganu Turtles lawan Perak Bison – 8.00 Malam
4) Penang Black Panthers lawan PDRM Defenders – 9.30 Malam
Hari Ketiga (4 Julai – Jumaat)
1) Perak Bison lawan Bomba Fighters – 3.30 Petang
2) PDRM Defenders lawan Kelantan Warriors – 5.00 Petang
3) Kuala Lumpur Thunder lawan Negeri Sembilan Antlers – 8.00 Malam
4) ATM Guardians lawan Selangor Pistons – 9.30 Malam
Hari Keempat (5 Julai – Sabtu)
1) Klasifikasi ke-5-8 (1) – 3.00 Petang
2) Klasifikasi ke-5-8 (2) – 4.30 Petang
3) Separuh akhir 1 – 8.00 Malam
4) Separuh Akhir 2 – 9.30 Malam
Hari Kelima (6 Julai – Ahad)
1) Klasifikasi ke-5-8 (1) – 3.00 Petang
2) Klasifikasi ke-5-8 (2) – 4.30 Petang
3) Tempat ke-3/4 – 8.00 Malam
4) Final – 9.30 Malam