Saingan Liga Premier Sepaktakraw League (STL) 2025 akan diteruskan bermula petang ini dimana Stadium Indera Mulia, Ipoh bakal menjadi tuan rumah bagi Grand Prix (GP) Perak.

GP kelima itu menyaksikan tuan rumah, Perak Bison berada dalam kumpulan C bersama-sama Selangor Pistons dan Penang Black Panthers.

Baca Juga:

Bomba Fighters yang masih belum mendapatkan sebarang kemenangan telah diundi bersama-sama PDRM Defenders dan Kelantan Warriors dalam kumpulan A.

STL 2025: Jadual Penuh Perlawanan GP Perak
Kredit Foto: Sepaktakraw League

Kumpulan B pula menyaksikan dua juara sebelum ini iaitu Melaka Titans dan Negeri Sembilan Antlers sekali lagi diundi dalam satu kumpulan bersama Kuala Lumpur Thunder.

Kumpulan D pula terdiri daripada ATM Guardians, Johor Tigris dan Terengganu Turtles.

Saingan STL 2025 di Ipoh itu akan bertambah menarik dengan kehadiran semula pemain-pemain dari Thailand seperti Pichet Pansan, Kritsadea Sungvung dan Aekasit Naphom yang sebelum ini terpaksa melupakan GP Johor berikutan tugasan bersama majikan dalam pertandingan di Bangkok.

STL 2025
Negeri Sembilan Antlers kini pendahulu keseluruhan STL 2025. Kredit Foto: Sepaktakraw League

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bagi STL 2025 GP Perak:

STL 2025 – GP Perak

Hari Pertama (13 Ogos 2025 – Rabu)

1) PDRM Defenders lawan Kelantan Warriors – 3.00 Petang

2) ATM Guardians lawan Johor Tigris – 4.30 Petang

3) Melaka Titans lawan Kuala Lumpur Thunder – 8.00 Malam

4) Perak Bison lawan Penang Black Panthers – 9.30 Malam

Hari Kedua (14 Ogos 2025 – Khamis)

1) Negeri Sembilan Antlers lawan Melaka Titans – 3.00 Petang

2) Penang Black Panthers lawan Selangor Pistons – 4.30 Petang

3) Terengganu Turtles lawan ATM Guardians – 8.00 Malam

4) Kelantan Warriors lawan Bomba Fighters – 9.30 Malam

Hari Ketiga (15 Ogos 2025 – Jumaat)

1) Johor Tigris lawan Terengganu Turtles – 3.30 Petang

2) Bomba Fighters lawan PDRM Defenders – 5.00 Petang

3) Selangor Pistons lawan Perak Bison – 8.00 Malam

4) Kuala Lumpur Thunder lawan Neger Sembilan Antlers – 9.30 Malam

Hari Keempat (16 Ogos 2025 – Sabtu) 

1) Klasifikasi ke-5-8 (1) – 3.00 Petang

2) Klasifikasi ke-5-8 (2) – 4.30 Petang

3) Separuh akhir 1 – 8.00 Malam

4) Separuh Akhir 2 – 9.30 Malam

Hari Kelima (17 Ogos 2025 – Ahad) 

1) Klasifikasi ke-5-8 (1) – 3.00 Petang

2) Klasifikasi ke-5-8 (2) – 4.30 Petang

3) Tempat ke-3/4 – 8.00 Malam

4) Final – 9.30 Malam