Saingan Liga Premier Sepaktakraw League (STL 2025) akan diteruskan bermula pada Rabu ini dimana Kompleks Sukan Balik Pulau bakal menjadi tuan rumah bagi Grand Prix (GP) Pulau Pinang.

GP Pulau Pinang bakal menjadi medan terakhir untuk melihat pasukan mana bakal dinobatkan selaku juara keseluruhan STL 2025 dimana persaingan tertumpu kepada Kuala Lumpur Thunder, Perak Bison, Negeri Sembilan Antlers dan Melaka Titans.

Baca Juga:

Seperti dilaporkan sebelum ini, Kumpulan A bakal menyaksikan pertemuan antara Negeri Sembilan Antlers, ATM Guardians dan Terengganu Turtles.

STL 2025: Jadual Penuh Perlawanan GP Pulau Pinang
Kredit Foto: Sepaktakraw League

Pertemuan ulangan final edisi GP Perak bakal berlangsung dalam kumpulan B apabila Perak Bison telah diundi bersama Kelantan Warriors.

Satu lagi slot kumpulan tersebut menjadi milik Johor Tigris yang menduduki tempat keempat di Ipoh tempoh hari.

Kumpulan C paling menarik dengan adanya Kuala Lumpur Thunder, Melaka Titans dalam satu kumpulan bersama Bomba Fighters.

Manakala tuan rumah, Penang Black Panthers pula diundi dalam kumpulan D bersama-sama Selangor Pistons dan PDRM Defenders.

STL 2025: Jadual Penuh Perlawanan GP Pulau Pinang
Kredit Foto: Sepaktakraw League

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bagi STL 2025 GP Pulau Pinang:

STL 2025 – GP Pulau Pinang

Hari Pertama (27 Ogos 2025 – Rabu)

1) Johor Tigris lawan Kelantan Warriors – 3.00 Petang

2) Bomba Fighters lawan Melaka Titans – 4.30 Petang

3) Penang Black Panthers lawan PDRM Defenders – 8.00 Malam

4) ATM Guardians lawan Terengganu Turtles – 9.30 Malam

Hari Kedua (28 Ogos 2025 – Khamis)

1) PDRM Defenders lawan Selangor Pistons – 3.00 Petang

2) Terengganu Turtles lawan Negeri Sembilan Antlers – 4.30 Petang

3) Melaka Titans lawan Kuala Lumpur Thunder – 8.00 Malam

4) Kelantan Warriors lawan Perak Bison – 9.30 Malam

Hari Ketiga (29 Ogos 2025 – Jumaat)

1) Kuala Lumpur Thunder lawan Bomba Fighters – 3.30 Petang

2) Perak Bison lawan Johor Tigris – 5.00 Petang

3) Selangor Pistons lawan Penang Black Panthers – 8.00 Malam

4) Negeri Sembilan Antlers lawan ATM Guardians – 9.30 Malam

Hari Keempat (30 Ogos 2025 – Sabtu)

1) Klasifikasi ke-5-8 (1) – 3.00 Petang

2) Klasifikasi ke-5-8 (2) – 4.30 Petang

3) Separuh akhir 1 – 8.00 Malam

4) Separuh Akhir 2 – 9.30 Malam

Hari Kelima (31 Ogos 2025 – Ahad)

1) Klasifikasi ke-5-8 (1) – 3.00 Petang

2) Klasifikasi ke-5-8 (2) – 4.30 Petang

3) Tempat ke-3/4 – 8.00 Malam

4) Final – 9.30 Malam