Berakhirnya saingan Sepaktakraw League (STL) 2025 bagi Grand Prix (GP) Terengganu menyaksikan pasukan pilihan, Melaka Titans menepati ramalan muncul juara sirkit pertama.
Dibarisi Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Zaim Razali, Melaka Titans jelas berada di kelas tersendiri untuk menundukkan PDRM Defenders dengan mudah 15-8, 15-5 di perlawanan akhir.
Baca Juga:
- STL 2025: PDRM Defenders Mara Ke Separuh Akhir Selepas Atasi Bomba Fighters
- STL 2025: Senarai Penuh Pemain Dalam Saingan Liga Premier
- 6 Lokasi, 1 Matlamat: STL 2025 Sasar Aksi Lebih Menarik
Malah, ketiga-tiga pemain itu turut dinobatkan sebagai Tekong, Apit Kanan dan Apit Kiri Terbaik bagi GP Terengganu.

Dengan kemenangan manis tersebut, Melaka Titans yang baharu sahaja dinaikkan pangkat ke Liga Premier kini mendahului carta liga keseluruhan dengan 32 mata, empat mata meninggalkan PDRM Defenders di kedudukan kedua.
Kuala Lumpur Thunder yang kehilangan Syahir dan Azlan pula berada di tempat ketiga dengan 24 mata manakala Selangor Pistons pulang dengan 21 mata.
Berikut merupakan kedudukan terkini Liga Premier STL 2025 selepas berakhirnya GP Terengganu:
Liga Premier STL 2025 – Berakhir GP Terengganu
1) Melaka Titans – 32 Mata
2) PDRM Defenders – 28 Mata
3) Kuala Lumpur Thunder – 24 Mata
4) Selangor Pistons – 21 Mata
5) Perak Bison – 18 Mata
6) Johor Tigris – 16 Mata
7) Terengganu Turtles – 14 Mata
8) Kelantan Warriors – 12 Mata
9) Negeri Sembilan Antlers – 8 Mata
10) ATM Guardians – 0 Mata
11) Bomba Fighters – 0 Mata
12) Penang Black Panthers – 0 Mata
Tumpuan barisan pemain dan peminat sepak takraw selepas ini akan beralih ke GP Negeri Sembilan dimana Arena 9 Nilai bakal menjadi tuan rumah pada 2 hingga 6 Julai nanti.