Kempen Liga Premier STL 2026 bagi Grand Prix (GP) Kuala Lumpur bermula hari ini dengan aksi menarik ditampilkan barisan pemain pada aksi pertama di Stadium Titiwangsa.

GP Kuala Lumpur merupakan saingan keempat dalam kalendar STL 2026 selepas berakhirnya GP Perak, GP Pulau Pinang dan GP Melaka.

STL 2026 GP Kuala Lumpur: Keputusan Penuh Perlawanan Hari Pertama

Negeri Sembilan Antlers, ATM Guardians, Johor Tigris dan PDRM Defenders memulakan kempen mereka dalam STL 2026 GP Pulau Pinang dengan nota cemerlang susulan kemenangan ke atas lawan masing-masing.

GP Kuala Lumpur Buka Tirai

Negeri Sembilan Antlers yang membariskan Daishi Tamaki dan Siwatbancha Seekhwa selaku tekong, Hafizul Hayazi Adnan (apit kanan) dan apit kiri, Afiq Badli Andi Bin Abdullah (apit kiri), menyerap tekanan hebat diberikan Penang Black Panthers untuk menang 15-13, 15-13.

Dalam aksi kumpulan C pula, ATM Guardians yang beraksi tanpa kehadiran Fahmi Khalid dan Afifuddin Razali tidak terlalu berdepan masalah untuk menewaskan Bomba Fighters.

Menang mudah 15-6 pada set pertama, ATM Guardians kemudiannya mengesahkan kemenangan dengan mata 15-11.

STL 2026 GP Kuala Lumpur: Keputusan Penuh Perlawanan Hari Pertama

Johor Tigris pula bangkit daripada ketinggalan jauh pada set ketiga bagi menundukkan Kedah Eagles 15-10, 13-15, 15-13 meskipun turun tanpa tekong utama, Zuhri Zain.

Manakala, PDRM Defenders turut bermula dengan langkah kanan selepas menundukkan Selangor Pistons dengan ‘straight set’ 15-10, 15-10 dalam saingan kumpulan D.