Undian Liga Premier STL 2026 bagi Grand Prix (GP) Kuala Lumpur telah dijalankan pada minggu lalu sekali gus menyaksikan kesemua pasukan sudah mengetahui lawan masing-masing.

GP keempat yang bakal berlangsung di Stadium Titiwangsa itu pastinya menarik untuk disaksikan dengan setiap pasukan bertanding mahu memburu kedudukan terbaik.

STL 2026: Keputusan Undian Kumpulan Bagi GP Kuala Lumpur

Melaka Titans yang merupakan juara GP di laman sendiri telah diundi bersama-sama Negeri Sembilan Antlers dan Penang Black Panthers dalam kumpulan A.

Kumpulan B pula menyaksikan Kedah Eagles akan sekali lagi berada dalam satu kumpulan bersama Kelantan Warriors. Satu lagi slot dalam kumpulan tersebut diisi Johor Tigris.

Pendahulu kedudukan keseluruhan, Perak Bison pula berada dalam kumpulan C bersama-sama ATM Guardians dan Bomba Fighters.

Manakala kumpulan D pula dibarisi tuan rumah, Kuala Lumpur Thunder, PDRM Defenders dan Selangor Pistons.

Saingan GP Kuala Lumpur akan berlangsung pada 18 hingga 22 November nanti.

STL 2026: Keputusan Undian Kumpulan Bagi GP Kuala Lumpur

STL 2026 GP Kuala Lumpur

Kumpulan A: Melaka Titans, Negeri Sembilan Antlers & Penang Black Panthers

Kumpulan B: Kedah Eagles, Kelantan Warriors & Johor Tigris

Kumpulan C: Perak Bison, ATM Guardians & Bomba Fighters

Kumpulan D: PDRM Defenders, Kuala Lumpur Thunder & Selangor Pistons