Hari kedua saingan Liga Premier STL 2026 bagi GP Pulau Pinang di Kompleks Sukan Balik Pulau menyaksikan kisah menarik melibatkan ATM Guardians dan Johor Tigris yang bangkit untuk meraih kemenangan.

ATM Guardians yang turun buat pertama kali dalam kempen GP Pulau Pinang tewas pada set pertama 11-15 kepada Negeri Sembilan Antlers.

STL 2026 GP Pulau Pinang: Keputusan Penuh Perlawanan Hari Kedua

Namun, mereka yang menamatkan GP Perak di kedudukan ketiga bangkit dengan cukup garang pada set kedua terutamanya menerusi servis padu Fahmi Khalid untuk menang 15-11 bagi mengheret aksi ke set penentuan.

Kecemerlangan itu diteruskan Fahmi yang nyata sukar dibendung untuk memastikan dua mata penuh menjadi milik ATM Guardians dengan kemenangan 15-9.

Johor Tigris Hidupkan Peluang Di STL 2026 GP Pulau Pinang

Nasib sama dialami Johor Tigris apabila bangkit daripada kekalahan 10-15 dan kemudiannya menang 15-12 pada set kedua ketika bertemu tuan rumah, Penang Black Panthers.

Aksi pada ‘tie-break’ lebih menarik untuk diperkatakan apabila Johor Tigris bangkit daripada ketinggalan jauh yang akhirnya menyaksikan mereka berjaya menang 15-13.

STL 2026 GP Pulau Pinang: Keputusan Penuh Perlawanan Hari Kedua

Sementara itu, Kedah Eagles dan Kelantan Warriors tidak berdepan masalah untuk menang pada aksi pertama mereka dalam GP Pulau Pinang.

Kedah Eagles menang 15-10, 15-10 untuk menghantar Selangor Pistons pulang lebih awal manakala Kelantan Warriors menewaskan Bomba Fighters 15-11, 15-6.