Saingan Liga Premier STL 2026 bagi Grand Prix (GP) Kuala Lumpur akan bermula 18 November Oktober dimana Stadium Titiwangsa menjadi tuan rumah.
Undian bagi GP Kuala Lumpur yang dilakukan tempoh hari menyaksikan Melaka Titans telah diundi bersama-sama Negeri Sembilan Antlers dan Penang Black Panthers dalam kumpulan A.

Kedah Eagles pula bakal membuat perhitungan dengan Kelantan Warriors dan Johor Tigris dalam kumpulan B.
Persaingan dalam kumpulan C juga tidak kurang menariknya apabila pendahulu keseluruhan, Perak Bison berada satu kumpulan bersama ATM Guardians dan Bomba Fighters.
Manakala kumpulan D pula dibarisi PDRM Defenders, Kuala Lumpur Thunder dan Selangor Pistons.
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bagi STL 2026 GP Kuala Lumpur:

STL 2026 – GP Kuala Lumpur
Hari Pertama (18 November 2026 – Rabu)
1) Negeri Sembilan Antlers lawan Penang Black Panthers – 3.00 Petang
2) Bomba Fighters lawan ATM Guardians – 4.30 Petang
3) Johor Tigris lawan Kedah Eagles – 8.00 Malam
4) Selangor Pistons lawan PDRM Defenders – 9.30 Malam
Hari Kedua (19 November 2026 – Khamis)
1) Perak Bison lawan Bomba Fighters – 3.00 Petang
2) Kelantan Warriors lawan Johor Tigris – 4.30 Petang
3) Melaka Titans lawan Negeri Sembilan Antlers – 8.00 Malam
4) Kuala Lumpur Thunder lawan Selangor Pistons – 9.30 Malam
Hari Ketiga (20 November 2026 – Jumaat)
1) Kedah Eagles lawan Kelantan Warriors – 3.30 Petang
2) Penang Black Panthers lawan Melaka Titans – 5.00 Petang
3) PDRM Defenders lawan Kuala Lumpur Thunder – 8.00 Malam
4) ATM Guardians lawan Perak Bison – 9.30 Malam