Kejayaan Melaka Titans menjuarai STL 2026 bagi GP Melaka menyaksikan terdapat juara berbeza bagi tiga saingan yang sudah pun berlangsung.

PDRM Defenders merupakan juara GP Perak dan kemudiannya Perak Bison mengungguli GP Pulau Pinang dan semalam Melaka Titans menggembirakan ribuan penyokong sendiri di Dewan Bola Keranjang MBMB Bukit Serindit.

Separuh Akhir

Dengan kemaraan ke final meskipun tewas kepada Melaka Titans, Perak Bison kini menghuni tangga teratas dengan 75 mata. Empat mata meninggalkan pencabar terdekat, PDRM Defenders.

Negeri Sembilan yang terkandas di suku akhir berada di kedudukan ketiga dengan 58 mata manakala Melaka Titans mengekori rapat dengan 55 mata.

Daripada 12 pasukan yang bertanding, Penang Black Panthers menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum meraih sebarang mata.

Berikut merupakan kedudukan terkini Liga Premier STL 2026 selepas berakhirnya tiga pusingan GP:

STL 2026: Kedudukan Terkini Selepas Berakhirnya GP Ketiga

Kedudukan Keseluruhan STL 2026

1) Perak Bison – 75 mata

2) PDRM Defenders – 71 mata

3) Negeri Sembilan Antlers – 58 mata

4) Melaka Titans – 55 mata

5) ATM Guardians – 54 mata

6) Johor Tigris – 51 mata

7) Kelantan Warriors – 39 mata

8) Kedah Eagles – 36 mata

9) Kuala Lumpur Thunder – 28 mata

10) Selangor Pistons – 21 mata

11) Bomba Fighters – 15 mata

12) Penang Black Panthers – 0 mata