Saingan Liga Premier STL 2026 menyaksikan dua Grand Prix (GP) sudah berakhir dengan PDRM Defenders dan Perak Bison muncul juara bagi dua saingan awal.

Seperti diketahui PDRM Defenders menjuarai GP Perak manakala terbaharu pada malam tadi, Perak Bison pula dinobatkan sebagai juara GP Pulau Pinang.

Perak Bison

Dengan tersingkirnya PDRM Defenders di suku akhir GP Pulau Pinang, ini bermakna mereka terikat 47 mata bersama Perak Bison yang menerima nasib sama ketika GP di Ipoh.

Negeri Sembilan Antlers yang muncul naib juara GP Pulau Pinang pula berada di kedudukan ketiga dengan 43 mata.

Berikut merupakan kedudukan terkini Liga Premier STL 2026 selepas berakhirnya dua pusingan GP:

STL 2026: Kedudukan Terkini Selepas Berakhirnya GP Kedua

Kedudukan Keseluruhan Liga Premier STL 2026

1) PDRM Defenders – 47 mata

2) Perak Bison – 47 mata

3) Negeri Sembilan Antlers – 43 mata

4) Kelatan Warriors – 39 mata

5) ATM Guardians – 39 mata

6) Johor Tigris – 36 mata

7) Kuala Lumpur Thunder – 28 mata

8) Melaka Titans – 3 mata

9) Kedah Eagles – 21 mata

10) Bomba Fighters – 15 mata

11) Selangor Pistons – 0 mata

12) Penang Black Panthers – 0 mata