PDRM Defenders mempamerkan semangat juang kental untuk bangkit dan sekali gus menundukkan Kuala Lumpur Thunder pada aksi final Liga Premier STL 2026 bagi Grand Prix (GP) Perak, malam tadi.

Ia merupakan kali pertama PDRM Defenders muncul juara dengan skuad yang dibarisi Worapat Kaewtawatwiset dan Muhammad Hisyammuddin Bin Mohd Nazri selaku tekong, Muhammad Shahalril Aiman Bin Halim serta Loesak Kuram di posisi apit kanan serta apit kiri, Muhammad Shahalril Aimin Bin Halim.

STL 2026: Kedudukan Terkini Selepas Berakhirnya GP Perak

Dengan kejayaan manis tersebut, PDRM Defenders kini berada di tangga teratas dengan mengumpul 32 mata keseluruhan manakala Kuala Lumpur Thunder pula memperolehi 28 mata.

ATM Guardians yang turut bangkit untuk menduduki tempat ketiga membawa pulang 24 mata dan Johor Tigris di kedudukan keempat mendapat 21 mata.

Berikut merupakan kedudukan terkini Liga Premier STL 2026 selepas berakhirnya GP Perak:

STL 2026: Kedudukan Terkini Selepas Berakhirnya GP Perak

Kedudukan Keseluruhan Liga Premier STL 2026

1) PDRM Defenders – 32 Mata

2) Kuala Lumpur Thunder – 28 Mata

3) ATM Guardians – 24 Mata

4) Johor Tigris – 21 Mata

5) Negeri Sembilan Antlers – 15 Mata

6) Kelantan Warriors – 15 Mata

7) Perak Bison – 15 Mata

8) Bomba Fighters – 15 Mata

9) Melaka Titans – 8 Mata

10) Penang Black Panthers – 0 Mata

11) Selangor Pistons – 0 Mata

12) Kedah Eagles – 0 Mata