Tumpuan semua pasukan dalam Liga Premier STL 2026 beralih ke Kompleks Sukan Balik Pulau untuk menghadapi saingan Grand Prix (GP) Pulau Pinang bermula 28 November ini.
GP kedua itu dijangka menarik apabila setiap pasukan pastinya mahu memperbaiki corak permainan selepas berakhirnya GP Perak yang menyaksikan beberapa kejutan dilakarkan.

Juara GP Perak, PDRM Defenders telah diundi dalam kumpulan A untuk bersama-sama dua pasukan yang tewas di suku akhir GP Perak iaitu Kelantan Warriors dan Bomba Fighters.
Tuan rumah, Penang Black Panthers mendapat laluan yang cukup getir apabila berada dalam satu kumpulan bersama Johor Tigris dan Melaka Titans.
Kumpulan C juga tidak kurang menariknya apabila dibarisi Kuala Lumpur Thunder yang merupakan naib juara GP Perak, ATM Guardians (ketiga) dan Negeri Sembilan Antlers.
Manakala kumpulan D pula menampilkan Perak Bison, Selangor Pistons dan Kedah Eagles. Ketiga-tiga pasukan yang masih mencari corak permainan terbaik mereka.
Berikut merupakan senarai penuh undian kumpulan bagi saingan Liga Premier STL 2026 bagi GP Pulau Pinang:

STL 2026 GP Pulau Pinang
Kumpulan A: PDRM Defenders, Kelantan Warriors & Bomba Fighters
Kumpulan B: Penang Black Panthers, Johor Tigris & Melaka Titans
Kumpulan C: ATM Guardians, Negeri Sembilan Antlers & Kuala Lumpur Thunder
Kumpulan D: Kedah Eagles, Selangor Pistons & Perak Bison