Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isteri, Datin Seri Loh Siew Mui didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan berkaitan dengan penjualan stoking kalimah Allah.
Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menilai semua fakta kes dan memutuskan bahawa pengasas dan pengerusi KK Mart dibebaskan (DNA) – menurut sumber Berita Harian.
Selain daripada Chai Kee dan Loh Siew Mui, tiga pengarah syarikat yang membekalkan stoking berkenaan, Xin Jian Chang Sdn Bhd juga mendapat perintah DNA, selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan pertuduhan ke atas kesemua 5 individu tersebut.
Sebelum ini terdapat dua syarikat dan 5 individu meminta Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan kes berkenaan pada 17 Mei.
Ianya telah menimbulkan kemarahan ramai pihak. Kerana mereka menganggap kesilapan itu terlalu sukar untuk diterima.
Pihak KK Mart konsisten menafikan bahawa mereka sengaja menjual stoking tersebut dan menyatakan bahawa ianya adalah isu yang terlepas pandang.
KK Mart turut membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia pada masa itu.
Pada 26 Mac lalu, Chai dan Loh yang juga Pengarah KK Super Mart & Superstore mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan ke atas mereka.
Ini selepas mereka dianggap sengaja melukakan persaaan orang Islam setelah ada pihak yang terjumpa stoking dengan kalimah Allah di dalam kedai KK Mart.
'TERKINI: Pengasas KK Mart, isteri serta tiga pengarah bebas, lepas tuduhan isu stoking kalimah'#BHnasional Dilepaskan dan dibebaskan selepas pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan https://t.co/GotuR7vPiG pic.twitter.com/W75waa8BRc
— Berita Harian (@bharianmy) July 15, 2024
Syarikat pembekal yang mengedar barangan kepada KK Super Mart iaitu Xin Jian Chang Sdn Bhd. 3 Pengarahnya telah dituduh bersubahat melukakan perasaan orang Islam.