Seorang lelaki terkejut apabila stor menyimpan kereta terselamat dalam satu insiden kebakaran walaupun kawasan pejabat berhampiran disambar api, semalam.
Menerusi perkongsian Facebook Afiz Ayub, beliau mendapat berita kemalangan itu ketika beliau sedang menguruskan jenazah ayah sahabatnya.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Sanggup Jual Nissan GTR Miliknya Untuk Biayai Dana Kerja Amal
- Kemaskan Homestay Sebelum ‘Check-Out’, Geng Motosikal Dipuji
- ‘Luar Biasa, Dalam Menawan’ – Netizen Puji Pemilik Deco Rumah PPR Bak Kondo
Jiran dan sahabat berdekatan tempat kejadian yang tolong membantu hubungi pihak bomba untuk memadam kebakaran.
Menurutnya tiada kemalangan jiwa semasa insiden itu berlaku.

Namun antara perkara yang sedikit merisaukan Afiz pada ketika itu adalah kereta-kereta yang ada di dalam stor penyimpanan.
“Saya masih menunggu keputusan adakah kereta simpanan saya yang berada di belakang dapat diselamatkan atau tidak,” ujar Afiz.
Antara kereta-keretanya adalah Toyota Supra, Nissan Skyline R32 dan R34, Nissan Fairlady 240Z, Porsche dan pelbagai lagi.
Kereta langsung tak terjejas dalam kebakaran

Kuasa yang Maha Esa, selepas api dipadam, didapati kesemua kereta yang disimpan di dalam stor masih dalam keadaan baik. Langsung tidak terjejas terkena api.
“Masih diberi peluang rezeki. Walaupun kedai sangat teruk dan keadaan office di atas juga teruk, Alhamdulillah kenderaan masih dalam keadaan baik. Hanya kotor asbab asap (kebakaran),” kata Afiz.
Menurutnya, api marak dan laju menyambar kawasan pejabat dan stor simpan kereta yang terletak di Shah Alam.
Beberapa barangan diperbuat daripada plastik seperti penghawa dingin, komputer dan lain-lain cair terkena api.

Namun ajaibnya, api tersebut langsung tidak ‘menyentuh’ masuk ke dalam stor simpan kereta.
Menurut pihak bomba yang terlibat dalam operasi tersebut, api yang kuat ini selalunya menelan kejap sahaja kenderaan yang berdekatannya.
Bagaimanapun api pada ketika itu langsung tidak ‘usik’ bahagian belakang kenderaan di dalam stor tersebut (seperti dalam bulatan merah).

Apa yang menariknya, apabila kotak-kotak di kawasan itu dibuka, didapati didalamnya ada beberapa barang kelengkapan pengurusan jenazah.
Kain kapan, kain penutup keranda, ihram serta peralatan pengurusan jenazah yang Afiz beli untuk diinfakkan pada bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
“Kain penutup keranda baru tiba dari Madinah dan kebetulan petugas letakkan di sudut itu.
“Jika realitinya, jika kain dan kotak serta lugagge pasti akan terbakar dan cair sebaliknya rezeki saya Allah berikan sebaik baik hidayah untuk saya,” katanya.
Susulan insiden yang berlaku itu, Afiz langsung tidak berasa kecewa.
Sebaliknya beliau berasa sangat bersyukur kerana beliau percaya dalam setiap perkara yang berlaku adalah kifarah hidup. sama ada Allah S.W.T menghapuskan dosa didunia atau menaikkan darjat hidup kita.
‘Setiap rezeki kita, ada rezeki orang lain. Dan buat segalanya kerana Allah S.W.T,” pesan Afiz lagi yang berharap lebih ramai orang menginfak ke jalan agama.
Jadi Buddy, Bukan Buli merupakan satu kempen khas oleh The Vocket untuk sama-sama menangani kes buli di samping menyediakan satu platform selamat untuk mangsa buli berkongsi luahan tanpa identiti didedahkan.
Layari www.thevocket.com/jadibuddybukanbuli untuk berkongsi luahan atau membaca perkongsian daripada pakar.
#JadiBuddyBukanBuli #KawanBukanLawan