Banyak masa terbuang apabila terperangkap dalam trafik dan boleh dikatakan penduduk di Lembah Klang berdepan dengan isu itu setiap hari.
Walau bagaimanapun, isu tersebut masih belum ada penyelesaiannya sehingga hari ini dan sebenarnya apabila terperangkap dalam trafik turut boleh menjejaskan produktiviti serta kesihatan seseorang.
Baca Juga:
- Angkara Kesesakan Lalu Lintas Yang Serius, Pekerja Lembah Klang Terpaksa ‘Rugi’ 44 Jam Sebulan
- Isu Kesesakan Lalu Lintas, JPJ Umum Waktu Terhad Kenderaan Berat Masuk KL Ketika ‘Peak Hour’
- ‘Welcome To Jurassic Park’ – Pengguna Waze Ini Dibawa Ke Jalan Hutan Untuk Elak Kesesakan Lalu Lintas
Menjengah ke media sosial, boleh dikatakan ramai orang yang sudah tidak tahan berdepan dengan kesesakan lalu lintas, lalu mengambil keputusan untuk menghantar surat berhenti kerja.
Finally , i dah hantar surat resign . I tak boleh tahan with the traffic , keluar rumah at 615am and still stuck in traffic, sampai rumah anak2 dah tidur , suami dah tidur.
Not worth it 😭
— amirah the lifting mummy (@mirakoru7) April 4, 2024
Sameeeeeeeeeeee haahhahhahhah i resigned rabu this week but rsa f up skitt laa since kenak habiskan 1 month lagi. I cnnottt with traffic with jammed with roundabout like fffffttt! Angol palak aku https://t.co/Vq1ZsNZOAs
— annisa (@mungomatahri) April 5, 2024
this is me masa single, the big reason is the traffic. The exhaustion of travelling+ duduk long hours in the office sampai sakit manjang. Not worth it. https://t.co/N8F2HsItK7
— thatgurlnad (@ndzneko) April 4, 2024
malaysia's traffic is no joke like i'd seriously end it all if i have to deal with the traffic all the time. ya Allah SWT grant me a workplace that is near 🤲🏼😭 https://t.co/eldEARwMya
— redacted 📜 (@error404mur) April 4, 2024
Malah, segelintir netizen mengatakan bahawa tidak berbaloi untuk mengorbankan kesihatan dan juga masa di atas jalan raya kerana perjalanan hidup masih panjang.
Oleh itu, kebanyakan rakyat Malaysia lebih memilih lokasi kerja yang berdekatan dengan rumah tanpa perlu menempuh kesesakan lalu lintas.
Walaupun sistem pengangkutan di Malaysia telah berkembang dari tahun ke tahun sesuai dengan peredaran masa namun masalah pengangkutan awam masih gagal diatasi.