Banyak masa terbuang apabila terperangkap dalam trafik dan boleh dikatakan penduduk di Lembah Klang berdepan dengan isu itu setiap hari.

Walau bagaimanapun, isu tersebut masih belum ada penyelesaiannya sehingga hari ini dan sebenarnya apabila terperangkap dalam trafik turut boleh menjejaskan produktiviti serta kesihatan seseorang.

Baca Juga:

Menjengah ke media sosial, boleh dikatakan ramai orang yang sudah tidak tahan berdepan dengan kesesakan lalu lintas, lalu mengambil keputusan untuk menghantar surat berhenti kerja.

Malah, segelintir netizen mengatakan bahawa tidak berbaloi untuk mengorbankan kesihatan dan juga masa di atas jalan raya kerana perjalanan hidup masih panjang.

Oleh itu, kebanyakan rakyat Malaysia lebih memilih lokasi kerja yang berdekatan dengan rumah tanpa perlu menempuh kesesakan lalu lintas.

Walaupun sistem pengangkutan di Malaysia telah berkembang dari tahun ke tahun sesuai dengan peredaran masa namun masalah pengangkutan awam masih gagal diatasi.