Suami mendiang Barbie Hsu, yang juga pemuzik Korea Selatan DJ Koo, telah mengumumkan bahawa dia merombak kembali pewarisan aset miliknya.

Di mana sebelum ini DJ Koo mendapat sebahagian besar daripada aset mendiang isterinya, Barbie Hsu.

DJ Koo mengesahkan bahawa dia akan melepaskan semua hak warisan ke atas aset daripada Barbi Hsu. Dia akan memindahkannya kepada ibu Barbie Hsu selepas kematian pelakon wanita popular itu pada usia 49 tahun.

Suami mendiang barbie hsu

Pemuzik itu berkongsi berita itu di Instagram pada hari Khamis. Dia tidak mahukan harta hasil titik peluh Barbie Hsu yang selama ini berjuang untuk menyenangkan keluarganya.

“Saya mahu bercakap tentang warisan berharga Barbie yang ditinggalkan,” tulisnya.

“Semua asetnya, yang dia bekerja keras untuk melindungi keluarga yang paling dia sayangi, akan diamanahkan kepada ibunya sepenuhnya. Saya akan melepaskan semua hak saya kepada mereka.”

Suami mendiang Barbie Hsu lepaskan aset jutaan dollar

Memetik laporan ET Today, melaporkan bahawa Hsu memperoleh banyak tawaran sokongan sepanjang kerjayanya, mengumpul kekayaan peribadi AS$4.75 juta.

Mendiang juga turut melabur dalam hartanah, memiliki tiga hartanah mewah. Dia membeli dua vila bernilai gabungan AS$18 juta dan, pada 2016, memperoleh apartmen seluas 760 meter persegi di Daerah Xinyi Taipei bersama suaminya, ahli perniagaan China. Wang Xiaofei, dengan harga AS$12 juta.

Selepas perceraian mereka pada 2021, Mirror Media menganggarkan bahawa Hsu menerima NT$600 juta (AS$19 juta) daripada jumlah aset mereka, yang bernilai NT$950 juta.

Semua harta dan nilai kekayaan Barbie Hsu dianggarkan secara kasarnya sekitar AS$41 juta menurut laporan 8days. Itu bersamaan dengan sekitar RM183 juta.

Dan kesemua itu akan menjadi milik ibu mentuanya. Kerana Koo memutuskan tidakĀ  mahu mengambil sebarang bahagian daripada kekayaan atau semua harta mendiang isterinya itu.

Sohu melaporkan bahawa Wang, kini berusia 45, juga meninggalkan Hsu dan dua anak mereka sebuah vila seluas 720 meter persegi untuk memastikan kestabilan kewangan mereka.

Barbie Hsu
Barbie Hsu pernah berlakon dalam siri popular Meteor Garden

Wang sebelum ini mendedahkan bahawa dia menanggung perbelanjaan bulanan Hsu melebihi NT$1 juta, satu kenyataan yang mencetuskan kontroversi.

Menurut Hwang itu sebagai ‘pemberian ikhlas’ untuk Hsu yang terpaksa melepaskan beberapa tawaran lakonan serta tawaran lain, selama dia menjaga anak mereka, sejak mereka berkahwin dan juga selepas mereka bercerai.

DJ Koo juga berikrar untuk memastikan anak-anak Hsu, yang dia kongsi dengan Wang, akan dilindungi daripada sebarang pengaruh jahat. Beliau menyatakan hasratnya untuk meneruskan langkah undang-undang untuk mendapatkan hak penjaggaan ke atas anak anak mereka.

Hal ini kerana isterinya Barbie Hsu sebelum meninggal dunia, pernah menyatakan bahawa dia tidak mahu anak anak mereka dijaga orang lain.

“Saya akan melindungi semua yang dia sayangi-ini adalah amanah terakhir saya,” katanya ketika laporan menyebut bahawa anak anak Barbie Hsu dengan Wang kini dijaga oleh Wang tanpa kebenaran keluarga Barbie Hsu.

wang

DJ Koo sedia mengheret kes ini ke mahkamah. Kerana menurutnya dia sudah diamanahkan oleh mendiang untuk menjaga kesemua anak mereka.

Tolong, saya mohon, jangan buat apa-apa spekulasi lagi, cukuplah biarkan Barbie kita berehat dengan tenang. Saya bersungguh-sungguh merayu kepada anda semua,” kata suami mendiang Barbie Hsu itu lagi.

Kisah Koo dan Hsu

Pasangan itu mulai mengenali satu sama lain pada 1998. Di mana Barbie Hsu dan adiknya, Dee Hsu pernah ditugaskan untuk membuat wawancara dengan DJ Koo yang membuat kembara muzik ke Taiwan.

Barbie Hsu ketika itu mengakui dia peminat DJ Koo. Dan dia mengakui pernah berimpian mahu berkahwin dengan DJ Koo. Mereka dilaporkan berpacaran selepas itu. Namun hubungan itu terputus kerana larangan agensi masing masing yang melarang mereka bercinta.

Selepas Hsu bercerai dengan Wang, DJ Koo kembali menghubungi cinta zaman lamanya. Dan akhirnnya mereka mendirikan rumah tangga.