Suami pertahan tindakan isterinya Kieda Crepe, kerana menurutnya,  Kieda sekadar melawak.

Sebelum ini Kieda telah melawak menyatakan bahawa ‘telur masam’ suaminya punca dia mendapat penyakit herpes.

Apa itu herpes

Herpes adalah penyakit menular yang disebabkan oleh virus herpes simpleks (HSV). Di mana herpes akan menyebabkan lepuhan atau luka pada kulit, terutama di kawasan mulut atau alat kelamin.

Meskipun tidak berbahaya, herpes boleh menyebabkan ketidaknyamanan dan rasa sakit.

Kieda Crepe salahkan telur suami punca dapat herpes

Kieda Crepe menyalahkan suaminya sebagai punca. Dia berkata: “Herpes ke ini? Saya rasa [sebab] telur dia masam.”

Netizen menganggap Kieda Crepe secara tak langsung telah mengaibkan diri sendiri, walaupun dia mungkin hanya bergurau terutama sekali dia berkongsi video itu di media sosial.

Selain itu ada juga yang kasihan dengan suami Kieda yang tidak pasal pasal menjadi mangsa dituduh tidak jaga kebersihan alat kelaminnya.

Kenyataan Kieda Crepe ini juga mengundang andaian orang ramai tentang hubungan ‘dalam kelambu’ dia dan suaminya.

Padahal menurut mereka, herpes juga adalah gejala yang sangat biasa pada masa ini, boleh berjangkit melalui sudu atau garfu yang digunakan di kedai makan sekalipun, ataupun menerusi bahan solekan yang dicuba di kedai oleh ramai orang.

Netizen mempersoalkan tindakan Kieda yang dengan spontan terus menuduh telur suaminya masam sebagai punca dia mendapat herpes.

Ada juga yang simpati dengan suami yang menurut mereka menunjukkan reaksi tergamam malu dengan kenyataan isterinya.

Suami pertahan Kieda Crepe

Suami Kieda Crepe kemudian tampil mempertahankan tindakan isterinya. Menurutnya, itu cuma gurauan manja suami isteri.

“Boleh tenang tak tentang apa yang isteri aku buat, kenapa kamu gelabah sangat ni? Konten sekadar hiburan, bukannya realiti.

“Come on, dah tahun 2025!

“Apa yang aku nasihatkan netizen, kapsyen aku terpulang la nak letak apa. Bukan aku ada buat apa apa kesalahan pun,” tulis Amy Kieda.

Netizen menganggap suami Kieda seolah olah tidak boleh menerima teguran. Dan Amy sekali lagi membalas balik komen mereka: “Serius, itu hanya melawak antara suami isteri, tak ada yang serius pun tentang penyakit herpes tu. Tetapi netizen cepat menghukum, janganlah begitu.

“Kami juga ada hak nak ‘happy’kan diri sebelum Allah SWT ambil nyawa kami,” tegas Amy lagi.

1

Amy kemudian mendedahkan, di realiti gurauan dia dan isterinya lebih kasar daripada itu. Namun dia kecewa kerana netizen di media sosial sangat cepat menghukum.

Suami Pertahan Gurauan 'Telur Masam' Kieda Crepe: 'Kami Pun Ada Hak Nak 'Happy-kan' Diri'