Akhirnya saat yang dinantikan oleh peminat K-Pop telah tiba apabila menu ‘The BTS Meal’ mulai dijual di kesemua cawangan McDonald’s. Baru sahaja menu tersebut dijual pada jam 10 pagi tadi, rata-rata peminat sudah membanjiri McDonald’s terdekat untuk membelinya.

Bukan itu sahaja, laman sesawang McDonald’s kini juga dikhabarkan sedang mengalami masalah teknikal disebabkan terlalu ramai yang menggunakan website tersebut untuk membeli secara penghantaran.

https://twitter.com/rrhhyyu/status/1397373668523577346

Rata-rata peminat yang berjaya mendapatkan ‘The BTS Meal’ ini sudah berkongsikan kegembiraan mereka di media sosial. Para peminat cukup teruja kerana dapat membeli menu tersebut dan akan menyimpan kotak makanan tersebut sebagai ‘merchandise’.

Bagi anda yang tidak tahu, ‘The BTS Meal’ ini hadir dengan 10 keping McNugget, kentang goreng bersaiz sederhana, air minuman serta disertakan dengan dua pilihan sos istimewa, sweet chili dan chajun yang diilhamkan daripada McDonald’s Korea Selatan.

https://twitter.com/BBBorahae7/status/1397373224711716865

Hasil tinjauan kami di McDonald’s Jalan Reko Kajang, masih belum ramai beratur untuk mendapatkan ‘The BTS Meal’ ini dan mungkin anda yang tidak mahu bersesak bolehlah ke sini.

bts meal poster

bts meal que

bts meal pandu lalu

Kami telah mencuba ‘The BTS Meal’ ini dan bagi kami sos istimewa chajun yang disertakan dalam menu ini harus anda cuba. Tidak pedas tetapi rasa masam manis sangat memang satu gabungan yang cukup sempurna serta sangat berbaloi untuk anda cuba.

Para peminat BTS di luar sana yang belum berkesempatan untuk mendapatkan ‘The BTS Meal’ ini bolehlah dapatkan segera sebelum ia habis terjual. Tunggu apa lagi?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan BTS pada pautan di bawah ini.

Berkonsepkan ‘World Tour’, McDonald’s Perkenalkan BTS Meal Buat Para Peminat

Gara-Gara BTS, 80 Penumpang Pesawat Pesan Ramen Buat Kru Penerbangan Tidak Menang Tangan

Persis Baju Batik Sekolah, Pakaian Taehyung BTS Ini Curi Perhatian Netizen