Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah bakal menghadapi cabaran wakil Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong pada aksi suku akhir Sukan Olimpik 2024.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, kedua-dua pasangan pernah bertemu sekali dimana Kim-Kong berjaya mencatatkan kemenangan 21-14, 21-14 pada peringkat kumpulan BWF World Tour Finals 2021 di Bali, Indonesia.

Baca Juga:

Ranking terkini pula menyaksikan Pearly dan Tan kini berada di kedudukan 12 manakala Kim-Kong berada ditangga ke-10.

Satu keadaan yang memberikan gambaran jelas bahawa saingan sengit bakal dapat disaksikan apabila Kim So Yeong-Kong Hee Yong cemerlang di peringkat kumpulan.

Hal ini kerana mereka mencatatkan kemenangan bersih dengan menewaskan Nami Matsuyama-Chiharu Shida (Jepun), Setyana Mapasa-Angela Yu (Australia) dan Tanisha Crasto-Ashwini Ponnapa untuk mengungguli kumpulan C.

Sukan Olimpik 2024: Pearly-Thinaah Bakal Hadapi Cabaran Kim-Kong Di Suku Akhir
Paris 2024 Olympics – Badminton – Women’s Doubles Group play stage – Porte de La Chapelle Arena, Paris, France – July 30, 2024. So Yeong Kim of South Korea and Hee Yong Kong of South Korea celebrate after winning the Group C match against Nami Matsuyama of Japan and Chiharu Shida of Japan. REUTERS/Ann Wang

Mood Pearly-Thinaah juga tidak kurang hebatnya selepas mempamerkan aksi bertenaga sebelum tumpas kepada pasangan ranking nombor satu dunia, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.

Mereka kemudiannya bangkit dengan cukup meyakinkan untuk menewaskan juara dunia dua kali, Wakana Nagahara-Mayu Matsumoto serta Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.

Kejayaan manis dilakarkan Pearly dan Thinaah itu berjaya menamatkan penantian lapan tahun kem beregu wanita negara untuk ke suku akhir.

Kali terakhir Malaysia mempunyai wakil di peringkat suku akhir dalam acara ini ialah pada edisi 2016 menerusi gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei.

Mereka bagaimanapun tumpas kepada pemenang pingat emas edisi tersebut, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi 16-21, 21-18, 9-21.