Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berpeluang mara lebih jauh dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024 kali ini berdasarkan prestasi hebat muncul juara kumpulan.

Undian rasmi di peringkat suku akhir awal pagi tadi menyaksikan mereka bakal menentang gandingan nombor lapan dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, esok.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Jika berjaya menewaskan Won Ho-Na Eun, mereka akan bertemu sama ada beregu utama Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung atau wakil Hong Kong Tang, Chun Man-Tse Ying Suet di peringkat separuh akhir.

Sukan Olimpik 2024: Tang Jie-Ee Wei Jumpa Pasangan Korea Selatan Di Suku Akhir

Berdasarkan rekod pertemuan, Tang Jie-Ee Wei memenangi dua aksi terakhir daripada tiga perlawanan ke atas Won Ho-Na Eun.

Suku akhir lain bakal menyaksikan pertembungan sesama dua beregu China, apabila pilihan pertama Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong melawan pilihan kedua Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, manakala Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun mencabar Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand.

Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir sebagai juara Kumpulan A selepas mengejutkan Yan Zhe-Dong Ping, selain menewaskan Terry Hee-Jessica Tan dari Singapura dan Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat.

Sementara itu, pengurus pasukan Malaysia, Datuk Teoh Teng Chor yakin beregu campuran negara mempunyai peluang baik untuk mara ke separuh akhir.

“Tetapi kita ambil langkah demi langkah… mudah-mudahan boleh meneruskan dari situ. Mereka beraksi dengan cemerlang, semoga akan terus fokus dan berehat secukupnya sebelum perlawanan.

“Pemain kita menampilkan prestasi luar biasa dan harap dapat mengekalkan momentum kerana ini adalah masa terbaik untuk membuktikan diri setelah sekian lama berlatih,” kata Teng Chor dipetik dalam Bernama.