Tuan rumah temasya Sukan Olimpik 2024 iaitu Perancis melarang atlet wanita negara itu memakai tudung ketika beraksi dalam kejohanan berkenaan.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Sukan Perancis iaitu Amelie Oudea-Castera dimana beliau menyatakan tiada anggota delegasi Perancis terutamanya atlet dibenarkan memakai tudung semasa beraksi di Sukan Olimpik.
Baca Juga:
- Tawaran Istimewa redONE Mobile: RM1 Juta Untuk Atlet Malaysia Bawa Pulang Emas Olimpik 2024
- Sukan Olimpik 2024: Zii Jia, Jin Wei Antara Atlet Profesional Terima Geran Bantuan KBS
- Sukan Olimpik: Busana Kontinjen Malaysia Dapat Sentuhan Rizman Ruzaini
“Wakil delegasi kami dalam pasukan Perancis tidak akan memakai tudung,” kata menteri itu sambil menekankan keterikatan kerajaan kepada rejim sekularisme yang ketat yang mana turut diterapkan dalam bidang sukan.
🇫🇷JUST IN: France has banned its female athletes [Muslim women] from wearing the hijab while competing in the upcoming Olympics and Paralympics in Paris. pic.twitter.com/Im8lFhU1Uv
— Suppressed News. (@SuppressedNws) July 17, 2024
Perkara ini terus mendapat kritikan dari ramai pihak dimana salah satu NGO terkemuka iaitu Amnesty International mendakwa tindakan tuan rumah itu sebagai diskriminasi terhadap kaum wanita yang berpegang teguh kepada salah satu perkara wajib dalam agama Islam itu.
“Pihak berkuasa Perancis menjelaskan dengan tegas dan tanpa segan silu bahawa usaha mereka untuk meningkatkan kesaksamaan jantina dan keterangkuman dalam sukan tidak terpakai kepada satu kumpulan wanita dan gadis atau wanita dan gadis Islam yang memakai tudung kerana tuntutan agama,” kata Amnesty dalam satu kenyataan.
Meskipun mendapat desakan dan permintaan untuk memansuhkan peraturan tersebut, kerajaan tempatan tidak berganjak dan kekal dengan keputusan mereka.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan cepat mengkritik larangan itu dengan mengatakan, “Tiada seorang pun boleh membuat peraturan mengenai apa yang perlu dipakai oleh wanita dan apa yang tidak boleh dipakai,” kata badan itu.
Perancis sememangya terkenal dengan sikap Islamophobia di kalangan rakyatnya yang mana mereka memandang rendah kepada mana-mana individu yang beragama Islam.
Malah, ada kejadian kekerasan yang dilakukan ke atas wanita yang memakai tudung di khalayak ramai sekaligus menjadi bukti bahawa mereka merupakan golongan masyarakat yang tidak bermoral dan tidak bertamadun.