Empat lagi pingat emas berjaya ditambah kontinjen Malaysia pada 14 Disember dalam temasya Sukan SEA 2025 yang berlangsung di Chonburi dan Bangkok, Thailand.

Ia sekali gus menjadikan 20 pingat emas telah dimenangi oleh kontinjen Malaysia dimana empat pingat tersebut dihadiahkan oleh skuad Sepak Takraw Berpasukan Lelaki, Jonathan Wong dalam acara menembak, Pearly Tan-M. Thinaah dan Nur Syafiqah Hamzah (Pencak Silat).

Selain itu, lapan pingat perak dan 22 gangsa turut disumbangkan atlet negara.

Berikut adalah senarai terkini pungutan pingat kontinjen Malaysia pada 14 Disember dalam Sukan SEA 2025 mengikut sumber laporan dikemaskini Majlis Sukan Negara Malaysia:

Pungutan Pingat Kontinjen Malaysia Di Sukan SEA 2025

Pingat Emas

1) Pearly Tan-M. Thinaah – Badminton (Women’s Doubles)

2) Jonathan Wong – Menembak (10m Air Pistol Individual)

3) Sepak Takraw (Men’s Team Regu)

4) Nur Syafiqah Hamzah – Pencak Silat (Female Tunggal)

Pingat Perak

1) Muhamad Aznil Abidin – Angkat Berat (Men’s 65kg)

2) Nur Aisyah Zubir – Basikal Lebuh Raya (Women’s Criterium)

3) Aaron Chia-Soh Wooi Yik – Badminton (Men’s Doubles)

4) Nur Zafrina Syuhada Mohad Zailan – Pelayaran (ILCA 4 Girls)

5) Nur Shazrin Mohamad Latif – Pelayaran (Women’s ILCA 6)

6) Khairulnizam Mohd Afendy – Pelayaran (Men’s ILCA 7)

7) Muhammad Fauzi Kaman Shah-Juni Karimah Noor Jamali – Pelayaran (International 470 Mixed)

8) Ragbi 7’s (Women’s Team)

Pingat Gangsa 

1) Clement Ting Su Wei – Wushu (Men’s Gunshu)

2) Sydney Chin Sy Xuan – Wushu (Women’s Taijijian)

3) Tenis (Men’s Team)

4) Tenis (Women’s Team)

5) Nurul Syafiqah Jafri-Nur Natasha Amyra Fazil – Teqball (Women’s Doubles)

6) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – Badminton (Mixed Doubles)

7) Menembak (10m Air Pistols Women’s Team)

8) Nurul Syasya Nadiah – Menembak (10m Air Pistol Individual)

9) Leong Jun Hao – Badminton (Men’s Singles)

10) Justin Hoh – Badminton (Men’s Singles)

11) Menembak (Men’s Team Shotgun – Sporting Clay)

12) Man Wei Chong-Tee Kai Wun – Badminton (Men’s Doubles)

13) Baseball 5 (Mixed Team)

14) Karate (Women’s Team Kumite)

15) Karate (Men’s Team Kumite)

16) Muhammad Syazirol Shamsudin – Boling (Men’s Singles)

17) Muhammad Yaasin Syahrizan – Pelayaran (Optimist Boys)

18) Lydia Hannah Jasmine – Pelayaran (Optimist Girls)

19) Wong Ling Ching – Badminton (Women’s Singles)

20) Kabaddi (Women’s Team)

21) Kabaddi (Men’s Team)

22) Renang (Men’s 4x100m Freestyle Relay)

Jumlah Keseluruhan

Emas – 20
Perak – 23
Gangsa – 71

Keseluruhan – 114