Saat ini, sejumlah NGO dan konsulat Malaysia sedang giat melakukan misi penyelamatan rakyat tempatan di tempat kawasan ‘panas’ di Thailand.

Bagaimanapun, salah seorang sukarelawan yang dikenali sebagai Mohd Amir Faizal meluahkan rasa kecewa dengan sikap rakyat Malaysia yang enggan mendengar arahannya untuk membersihkan sebarang sampah sebaik mahu beredar dari lokasi.

Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir Di Hatyai Dedah Sikap Buruk Rakyat Malaysia
Sumber Gambar: FB

“Aku sebagai orang Malaysia pun rasa sedih sangat, pasai masa susah depa mai minta tolong kita. Tapi bila depa dah senang, dah boleh balik, depa tinggal sampah macam ni.

“Inilah perangai bila orang dah senang. Hampa minum tak habis, tinggal botol.. pampers pun hampa campak merata.
Orang bagi makan elok-elok, tapi hampa tinggal sampah. Tak kira apa bangsa, walaupun bukan semua, tapi ni sampah dari orang Malaysia.

“Aku dah tegur banyak kali perangai hampa, tapi hampa buat tak tau ja.

“Aku malu dengan orang Thailand. Depa terpaksa upah orang mai sapu sampah yang kita tinggal. Tolonglah, jangan bagi orang Thailand tengok kita ni buruk,” keluhnya di dalam video.

Di dalam video itu, kelihatan bekas air yang tidak habis ditinggalkan, bungkusan makanan dan minuman terbiar, yang paling teruk sekali ada yang membuang lampin terpakai.

Akibatnya, pihak Thailand terpaksa mengupah orang untuk mengutip segala sampa-sarap yang ditinggalkan oleh rakyat Malaysia yang dimaklumkan sudah pun beredar dari lokasi.

Sukarelawan itu malah geram kerana sudah diberi peringatan berulang-kali kepada rakyat Malaysia untuk mengutip sampah kerana perlu menjaga adab ketika berada di luar negara.

Boleh tonton video penuh dengan klik di sini.