Lagu Sumpah muncul juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.
Lagu nyanyian Naim Daniel melayakkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi. Naib juara pula milik Aman Ra (Bangun) dan tempat ketiga disandang Bob Yusof (Anta Permana), masing-masing membawa pulang hadiah RM35,000 dan RM20,000 berserta trofi.
AJL kali ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Aina Abdul dan Naim Daniel masing-masing membuat penampilan solo dan sulung pada final kali ini dan mempunyai tajuk lagu yang sama iaitu ‘Sumpah’.
Ragaman dan Anta Permana masing-masing dipersembahkan oleh Fairuz Misran dan Bob Yusof yang terpilih ke final setelah penyanyi asal memilih untuk tidak berentap di Muzik-Muzik dan AJL.
Kejutan buat penonton AJL 34 semestinya apabila Dato’ Siti Nurhaliza kembali membuat penampilan khas berduet dengan Bob Yusof ketika persembahan lagu Anta Permana.
https://www.instagram.com/p/B8WZ7w6BzwZ/
Lagu lain yang turut bersaing di pentas AJL 34 adalah Drama (Drama Band), Ku Bersuara (Ernie Zakri) Kisah Cinta Kita (Hafiz), Bangun (Aman RA), Dinda (Masdo) Rampas (Akim & The Majistret), Peneman (Hazama) dan Lembah Kesepian (Haqiem Rusli).
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Adakah tekaan anda tepat untuk keputusan AJL 34 malam ini?
Juara: Sumpah – Naim Daniel
Naib Juara: Bangun – Aman Ra
Tempat Ketiga: Anta Permana – Bob Yusof/ Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Vokal Terbaik: Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
Persembahan Terbaik: Kisah Cinta Kita -Hafiz Suip
Berikut merupakan antara artikel berkaitan Anugerah Juara Lagu edisi sebelum ini. Baca pada pautan di bawah.
Mengapa ‘Jampi’ Adalah Lagu Yang Paling Layak Menangi AJL 32 Semalam