Laman TikTok KiwiwiPenang baru-baru ini berkongsi mengenai Sungai Pinang yang menjadi salah satu sungai paling kotor dan berbau di Malaysia berikutan jumlah sampah yang banyak dibuang di sana.

Mereka juga meminta rakyat Pulau Pinang berhenti membuang sampah ke dalam sungai dan membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka melihat orang lain melakukannya.

Baca Juga:

Mereka menulis, “Orang ramai digesa melaporkan kepada pihak berkuasa jika mereka melihat sesiapa membuang sampah ke dalam Sungai Pinang.”

Dalam catatan yang dimuat naik di laman media sosial, ia menjelaskan bahawa 1 tan sampah dikumpul dari sungai setiap hari sehingga ia memberi kesan kepada mata pencarian nelayan.

Sumber