Sebuah kolam takungan air terjun di Sungai Mudal, Indonesia terpaksa dikeringkan untuk mencari gelang emas milik seorang wanita yang hilang ketika sedang mandi.

Berdasarkan laporan portal berita tempatan, tindakan ini dilakukan selepas wanita tersebut menyedari gelang emasnya hilang. Kejadian ini menarik perhatian ramai dan menjadi sorotan di media sosial.

Pemilik asal gelang emas itu langsung memuat naik video yang memperlihatkan beberapa petugas sedang giat mencari barang kemas di sekitar kawasan sungai yang dikeringkan itu.

“Saya pasti gelang itu jatuh ke dalam sungai. Saya nampak gelang itu berada di pergelangan tangan sebelum hilang. Saya sudah biasa berenang tanpa menanggalkan barang perhiasan,” kata wanita itu.

Bagaimanapun, gelang itu berjaya ditemukan oleh tuan badannya dalam beberapa jam kemudian.

Videonya menerima jumlah tontonan lebih 500,000 serta menerima pelbagai reaksi dari netizen.

@fldzh_lna

Bikin ulah “definisi nguras sungai sesungguhnya” haha hihi berujung duarrr merepotkan petugasnya. Makasih petugas yang super gercep “kuras saiki, sik kolam atas ojo di buka sik” #fyp #lfl #xybca #sungaimudal #mudal #nguras #yogyakarta #kulonprogoyogyakarta #wisatakulonprogo

♬ original sound – 🎢🎧

Majoritinya menggelarkan wanita itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana telah menyusahkan pihak pengurusan di sungai itu dan didakwa dia sibuk mencari udang sewaktu proses pencarian gelang emas miliknya.

Namun begitu, pihak pengurusan tempat riadah itu langsung tampil menerangkan bahawa sudah menjadi rutin buat mereka menggeringkan sungai buatan itu cuma kali ini kebetulan ada insiden kehilangan barang kemas di kawasan itu.

Dalam pada itu, salah seorang wakil pekerja mengajak wanita itu untuk datang lagi tetapi diingatkan untuk menanggalkan barang kemas agar tidak berulang lagi insiden sedemikian.

“Jangan lupa datang lagi ya. Lain kali kalau nak berenang, simpan dulu perhiasan atau barang berharga. Beritahu juga kawan-kawan yang lain,” pesannya tapi seperti boleh dibaca sebagai satu ‘peringatan keras’.