Sunway pada minggu ini telah melancarkan applikasi gaya hidup serba lengkap dan baharu iaitu Sunway Super App. Aplikasi yang diperkenalkan ini membolehkan pengguna menyemak pelbagai promosi daripada 13 produk Sunway yang terdiri daripada Sunway Theme Parks, Sunway Malls, Sunway Property, Sunway Hotels & Resort dan Sunway Healthcare.

Sunway Super App juga memberikan akses kepada lebih dari 1,500 rakan niaga Sunway dan peniaga runcit seperti Foodpanda, Grabmaid, The Lorry dan banyak lagi.

Baca Juga:

Bukan itu sahaja, Sunway Super App juga direka khas dengan ciri-ciri tumpuan pengguna di mana para pengguna turut berpeluang menyimpan wang dalam dompet digital yang diperkenalkan sekaligus memudahkan proses transaksi tanpa tunai.

Di samping itu, tawaran eksklusif aplikasi serta mata ganjaran yang dinamakan sebagi Sunway Pals antara yang turut ditawarkan buat pengguna.

Ketika ini, Sunway turut mengadakan Sunway Theme Parks Mega Roadshow yang berlangsung pada 9 Februari sehingga 12 Februari 2023. Roadshow yang dilangsung bakal turut diadakan di bebeapa lokasi lain kelak dalam usaha untuk membantu orang ramai berjimat sambil berhibur bersama Sunway.

Ketahui lebih lanjut mengenai penjimatan serta promosi yang ditawarkan Sunway dengan muat turun aplikasi percuma yang sedia ditawarkan di App Store dan juga Google Play Store.