Kita sedia maklum sejak pandemik melanda orang ramai semakin berhati-hati dalam membuat pembelian barangan runcit. Hal ini kerana kuasa membeli sudah berkurangan ditambah pula dengan situasi ekonomi yang tidak menentu.

Oleh itu, ShopBack selaku platform beli-belah, ganjaran dan pembayaran dengan kerjasama Sunway Pyramid sedia menganjurkan acara eksklusif iaitu ShopFiesta. Acara ShopFiesta ini bakal dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan berserta hadiah menarik buat para pengunjung di pusat beli-belah tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: ShopBack

Acara ShopFiesta ini diadakan bermula dari 10 Februari hingga 26 Februari yang direka untuk memberi ganjaran kepada pembeli dengan tawaran eksklusif di lebih 60 rakan kongsi peniaga yang mengambil bahagian, selain aktiviti menyeronokkan dan berpeluang memenangi hadiah sehingga RM100,000.

Pengurus Besar Sunway, Jason Chin berkata “Kami teruja untuk berkerjasama dengan ShopBack untuk meningkatkan pengalaman pembeli di pusat beli-belah dengan menyediakan kemudahan kepada mereka untuk membeli belah dengan selesa. Mereka akan dapat menikmati nilai, harga dan insentif terbaik semasa membeli-belah dengan kami dan ShopBack.”

Sumber Gambar: ShopBack

Bagi menggalakkan pembeli supaya membeli-belah dengan cermat ketika acara ShopFiesta dan seterusnya, ShopBack PayLater menawarkan pembeli-belah fleksibiliti membahagikan pembayaran mereka kepada tiga ansuran bulanan tanpa faedah dan yuran tersebunyi malah boleh mengakses kemudahan dan ganjaran menerusi pembayaran  dengan ShopBack.

Menerusi program itu, ShopBack turut menawarkan diskaun eksklusif RM25 untuk semua pembelian yang dibuat menerusi ShopBack PayLater yang mana sah di semua kedai yang menerima perkhidmatan itu seperti JD Sports, Christy Ng, Sulwhasoo, Mark & Spencers dan banyak lagi.

Jadi, tunggu apa lagi? Anda bolehlah kunjungi pusat beli-belah terkemuka Sunway Pyramid untuk menyertai sejumlah aktiviti menarik dalam masa yang sama berpeluang memenangi hadiah yang disediakan.

Sumber