Sunway Ipoh Mall yang dijadualkan membuka pintunya pada suku keempat tahun 2027 (4Q2027) mengesahkan sebanyak 80 peratus ruang sewaan telah berjaya dimeterai, dengan penglibatan 25 jenama terkemuka.
Pembangunan megah bernilai RM1 bilion di atas keluasan 1.2 juta kaki persegi ini bakal menempatkan 400 premis perniagaan merangkumi empat tingkat ruang runcit, petik The Edge Malaysia.
Bakal menjadi pusat beli-belah Tier 1 pertama di Perak, berikut adalah senarai kedai, penyewa utama dan jenama yang disahkan bakal memeriahkan Sunway Ipoh Mall:
Penyewa Utama (Anchor Tenants)
Barisan penyewa utama ini bakal membuat kemunculan julung kali mereka di Perak:
1. Mr DIY Plus (Pertama di Perak)
2. Parkson Elite (Pertama di Perak)
3. Sunway Ice Rink (Gelanggang luncur ais pertama di Perak)
4. Pusat Pameran Sunway Ipoh (Pertama di Perak)
5. Sunway Megalanes (Pusat boling 36 lorong – Pertama di Perak)
6. Village Grocer (Pertama di Perak)
7. TGV Cinemas (Pawagam 10 dewan dengan kira-kira 1,500 tempat duduk)
Jenama Yang Buat Kemunculan Sulung Di Perak
Selain penyewa utama, beberapa jenama fesyen dan gaya hidup terkenal antarabangsa turut membuka cawangan pertama mereka di Perak menerusi mall ini:
1. Muji
2. LC Waikiki
3. TopTen10
Rangkaian Fesyen, Gaya Hidup & Barangan Rumah
1. Uniqlo
2. Padini
3. Brands Outlet
4. JD Sports
5. Decathlon
6. Harvey Norman
7. Hooga
8. Panda Eyes
Kecantikan, Penjagaan Diri & Barangan Bayi
1. Estée Lauder Companies
2. L’Oréal Group
3. The Parenthood
Buku, Barangan Am & Pelbagai
1. Popular
2. Map Active
3. Neonest
4. Valiram Group
Pusat Makanan & Kemudahan Hiburan Unik
Selain premis perniagaan, Sunway Ipoh Mall turut menampilkan Gourmet Garden yang menawarkan konsep ruang makan dalaman (indoor) dan terbuka (al fresco). Pusat beli-belah ini juga bakal dilengkapi dengan kemudahan sukan serbaguna.
Pengrah Urusan Kumpulan Sunway Malls, HC Chan, menyuarakan keyakinan tinggi bahawa pusat beli-belah ini akan mencapai kadar pengisian 100 peratus menjelang pembukaannya.
“Kami amat yakin dengan potensi Sunway Ipoh Mall, terutamanya dengan prestasi jualan kami di Sunway Carnival Mall. Sebagai konteks, jualan Sunway Carnival Mall pada tahun 2026 telah mencatatkan jualan setiap meter persegi yang lebih baik berbanding Sunway Pyramid,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa pusat beli-belah ini dibina bagi memenuhi keperluan sekitar 2.5 juta penduduk Perak yang sebelum ini kerap berulang-alik ke Lembah Klang atau Kuala Lumpur untuk membeli-belah.
Bagi menampung kemasukan pengunjung, Sunway Ipoh Mall yang terletak bersebelahan Pusat Perubatan Sunway, The Banjaran Hot Springs Retreat dan The Lost World of Tambun ini bakal menyediakan 2,950 petak letak kenderaan serta 100 petak pengecasan kenderaan elektrik (EV).