Satu kemalangan berhampiran sempadan Surrey-Delta pada petang Sabtu mencuri perhatian ramai apabila motosikal berkuasa tinggi (superbike) tersebut ditemui tergantung pada lampu isyarat di atas sebuah persimpangan yang sibuk.

Pihak polis Delta menyatakan bahawa pegawai mereka telah dipanggil sejurus sebelum pukul 3:00 petang waktu Pasifik (PT) ke blok-7100 Scott Road di antara 72nd Avenue dan 120th Street, petik portal CBC.

Menurut laporan polis, penunggang motosikal tersebut telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah.

Manakala pemandu kereta sedan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beberapa keping gambar dan video yang tular di dalam talian memaparkan keadaan motosikal itu yang tergantung di tiang lampu isyarat di atas jalan raya susulan kemalangan tersebut.

Kemalangan Superbike Macam Tengok Filem – Saksi
Penunggang Parah, 'Superbike' Tersangkut Atas Tiang Lampu Isyarat
Sumber Gambar: Facebook Delta Firefighters IAFF Local 1763 20 hours ago ·

William Chan, seorang penduduk Surrey yang kebetulan lalu di situ ketika dalam perjalanan ke kedai donat Krispy Kreme berhampiran, menyifatkan pengalaman tersebut seperti ‘melihat sebuah filem’.

Beliau menyatakan bahawa selepas melihat kereta yang remuk di tengah-tengah persimpangan, beliau mencari kenderaan kedua yang terlibat. Beliau amat terkejut apabila menyedari bahawa superbike tersebut sebenarnya tersangkut di bahagian atas tiang lampu isyarat.

Akibat kemalangan itu, jalan Scott Road di antara 70th Avenue dan 72nd Avenue telah ditutup oleh pihak polis.

Sementara pasukan penyelamat bekerja untuk mengalihkan kereta serta superbike tersebut dan membersihkan serpihan di jalan raya.

Sumber