Membesar dengan watak superhero seperti Superman paling kurang membuatkan kita bercita-cita untuk ada “super power” seperti dia. Tak dapat kuasa lain, paling kurang dapat terbang pun jadi lah.

Video dibawah memaparkan bagaimana Dan Vicary “terbang” dengan hanya menggunakan wingsuit nylon. Video ini dirakam oleh Brian Drake yang terbang beberapa meter di belakang Dan Vicary.

Nampaknya, untuk terbang, kita bukan sahaja perlu ada super power, hati yang super kental lagi penting. Kecut perut tengok mereka terbang!