Setelah sekian lama tidak aktif di platform Instagram (IG), pelakon dan pengarah terkemuka tempatan, Syamsul Yusof memuat naik hantaran yang menarik perhatian netizen.

Menerusi satu hantaran IG Story, Syamsul mengajak orang ramai menyokong filem terbaharu ‘Sheriff: Narko Integriti’ arahan adiknya, Syafiq Yusof yang kini menjadi satu fenomena di Malaysia.

Baca Juga:

“Teruskan Syafiq! Sokonglah filem adik saya orang ramai #abangberbangga,” petik hantaran yang ditulis pada IG Story itu.

Sumber Gambar: IG Story @syamsulyusoffilm

Pada masa sama, Syamsul berkongsi hantaran IG buat kali pertama untuk tahun ini selepas kali terakhir beliau berbuat sedemikian pada November 2023 lalu.

Menerusi video reel dikongsikan itu, Syamsul berkongsi perkembangan dua orang anaknya Syaikhul Islam dan Sumayyah yang semakin membesar.

Pada masa sama beliau turut berkongsi video memandu Lamborghini Aventador Roadster pada waktu malam dengan penuh kegembiraan.

Sementara itu filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw itu terus mencatat kecemerlangan apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM31 juta sepanjang tayangan.

Kutipan tinggi itu sekali gus menjadikan ‘Sheriff: Narko Integriti’ filem nombor satu di Malaysia mengatasi filem antarabangsa lain pada ketika ini.