Menteri Komunikasi dan Media, YB Gobind Sing Deo baru-baru ini telah mengumumkan individu yang dipilih untuk menggalas jawatan CEO kepada Malaysia Digital Economy Corporation atau lebih dikenali sebagai MDEC.

Melalui pengumuman yang dibuat, Surina Shukri telah dipilih dan bakal mula berkhidmat bermula 16 Januari dengan kontrak tiga tahun. Menerusi perlantikan yang dibuat, beliau bakal menggalas tugas CEO MDEC yang sebelum ini dipegang oleh Datuk Yasmin Mahmood yang telah pun meletak jawatan pada 7 Disember lalu.

Screen Shot 2019-01-17 at 1.29.47 PM

Untuk pengetahuan, beliau sebelum ini pernah berkhidmat di Amerika Syarikat selama lebih 20 tahun serta berurusan dengan syarikat-syarikat besar seperti JPMorgan Chase & Co serta beberapa startup terkemuka melibatkan pelbagai bidang.

Mengulas mengenai perlantikan Surina Shukri, YB Gobind turut menyatakan keyakinan beliau terhadap Surina untuk membawa MDEC ke peringkat yang lebih baik lagi dalam memantapkan ekosistem ekonomi digital di Malaysia serta membawa industri digital Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Semoga dengan pelantikan ini bakal membuka lebih banyak peluang buat syarikat digital di Malaysia diperkenalkan di persada antarabangsa. Kami ingin mengucapkan tahniah diatas perlantikan Surina Shukri sebagai CEO terbaru MDEC.

Sumber