Baru-baru ini keputusan seorang artis membuka semula tudungnya atau dikenali sebagai trend ‘tudung terbang’ telah mendapat pelbagai reaksi netizen.

Dalam satu video dimuat naik TikTok @MingguanWanita, Ustazah Sharifah Khasif tampil memberi teguran dan peringatan bersama buat orang ramai berhubung trend tersebut.

Baca Juga:

Menurut beliau, setiap orang perlu ada sifat ‘Inabah’, keinginan mahu kembali semula kepada Allah S.W.T dalam kehidupan seharian ini.

@mingguanwanita

Bila trend “tudung terbang” hangat diperkatakan hari ini. Pandangan Ustazah Sharifah Khasif berkaitan perkara ini perlu diberi perhatian. #mingguanwanita #mingguanwanitaambiltahu

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

“Bila ada sifat Inabah, maka Allah akan tarik dia (untuk berbuat baik). Kalau kita bercakap tentang taqwa, ya kita takut dengan Allah, kita tinggalkan apa yang dilarang dan buat apa yang Allah suruh.

“Tetapi sejauh mana keimanan kita? Adakah kita memilih-milih benda yang kita nak buat? Apa yang disebutkan di dalam Al-Quran kita kena mengikutnya 100%, tidak boleh benda yang kita suka sahaja kita buat, bila ada benda yang kita rasa susah kita ada pula beri alasan,” petik penjelasan beliau dalam video tersebut.

Terang beliau lagi, Allah S.W.T tidak akan berikan hidayah sekiranya hambanya tidak mencari hidayah itu sendiri terlebih dahulu.

Ustazah Sharifah menjelaskan dengan adanya sifat ‘Inabah’ itu, Allah S.W.T akan menarik hambanya secara perlahan-lahan berjumpa dengan orang sekeliling yang baik-baik dan mengingatkan dia tentang akhirat, tentang kiamat kecil dan kiamat besar.