Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penjawat awam yang ditahan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah seorang anggota polis.
Suspek berusia 26 tahun dipercayai teman lelaki mangsa adalah seorang anggota polis yang bertugas di Perak menurut laporan Harian Metro. Difahamkan suspek sudah berkhidmat dalam PDRM selama 5 tahun.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
Perintah tahanan reman selama 7 hari ke atas suspek itu telah dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Siasatan ke atas suspek dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, seorang lelaki yang juga penjawat awam dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu untuk permohonan reman pagi ini. pic.twitter.com/L6wYnkbtYz
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 16, 2024
Sebelum ini, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui petang semalam, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Mayat mangsa ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada 6 petang, sebelum polis menahan suspek.
Sebagai tambahan, Nur Farah Kartini merupakan bekas penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan berasal dari Miri Sarawak.
Ketika kehilangannya, netizen turut berkongsi beberapa hantaran di media sosial yang meminta orang ramai membantu mencari di mana beliau berada.
Misteri kehilangan Nur Farah Kartini akhirnya terbongkar apabila polis menemui mayat seorang wanita di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada semalam.
Polis mengesahkan sendiri bahawa mayat yang ditemui adalah Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sebelum ini.
Polis turut menyatakan bahawa Nur Farah Kartini telah dibunuh oleh orang yang dikenalinya.