Seorang wanita yang ditahan berhubung siasatan laporan kes penipuan yang dibuat isteri kepada pelakon dan pelawak tanah air, Along Cham mempunyai lima rekod kes penipuan di empat negeri.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menegaskan lima rekod yang dilaporkan melibatkan kes di negeri Sabah, Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor.

Baca Juga:

Wanita itu dikehendaki berkait laporan yang dibuat di Tanjung Aru, Sabah.

“Suspek wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”

“Kita sedang melakukan siasatan dakwaan siapa pihak berkuasa terlibat itu sama ada polis atau agensi lain atau juga satu tuduhan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Sebelum ini, pasangan suami isteri ditahan di Salak Tinggi, Sepang selepas isteri Along, Afreena telah menyerahkan wang sejumlah RM95,180 kepada pasangan suami isteri itu kerana mahu membantu Along Cham yang ditahan atas tuduhan memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan.

Ketika Along Cham dibebaskan dengan ikat jamin RM5000, pelawak itu terus menuduh isterinya sebagai penyeleweng wang derma yang sepatutnya digunakan untuk membantunya.

Antara mereka yang menyumbang termasuk rakan selebriti iaitu Aaron Aziz, yang menderma ke dalam tabung sumbangan tersebut.

Menurut Along, beliau menuduh Feena tidak telus dan meminta semua pihak yang sudah membuat sumbangan untuk membuat laporan polis.

Along mendedahkan bahawa Afreena memberitahunya wang itu digunakan untuk kegunaan dia dan anaknya.

Namun anak Along Cham di bawah jagaan Didie Alias sepanjang dia di dalam tahanan polis.

Feena kemudian membuat laporan polis dan mengesyaki dia sudah ditipu individu bernama Ika. Feena malah menegaskan bahawa dia tidak menyimpan wang derma sebanyak RM100 Ribu seperti didakwa.