Peguam mewakili Syamsul Yusof, Azmi Mohd Rais menyatakan pengarah itu kelihatan tenang berhubung kemelut rumah tangganya bersama isterinya, Ira Kazar.
“Saya ada bertemu dengan Syamsul untuk berbincang mengenai kes perceraian ini, dia kelihatan tenang dan tidak serabut.
Baca Juga:
- Syamsul Yusof Dah 5 Tahun Tak Hubungi Ayahnya
- Tak Ada Persefahaman Punca Syamsul Yusof Failkan Cerai Terhadap Ira Kazar
- Peguam Sahkan Syamsul Yusof Failkan Cerai Ira Kazar
“Saya difahamkan punca perceraian memang tiada kesefahaman. Saya tak tahu tempoh mereka tiada persefahaman.
“Cuma, kami memfailkan kes ini pada 19 Ogos lalu,” katanya.
Memetik Berita Harian, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan tarikh 25 September ini untuk sebutan semula kes perceraian pasangan tersebut.
Kedua-dua pihak plaintif dan defendan perlu hadir pada tarikh berkenaan.
“Mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula pada 25 September, jam 3 petang.
“Pada tarikh tersebut Ira hendaklah hadir bersama peguam, begitu juga dengan Syamsul.
“Kalau ikut prosedur, mahkamah akan tanya Ira sama ada setuju atau tidak dengan tuntutan cerai. Jika setuju, Syamsul boleh lafaz cerai,” kata Azmi ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Timur, hari ini.
Pasangan itu tidak dapat hadir untuk prosiding kes perceraian berikutan Ira baharu sahaja melantik peguam untuk mewakilinya.
Terdahulu, peguam Syamsul mengesahkan pengarah dan pelakon terkemuka itu telah memfailkan cerai terhadap Ira Kazar pada 19 Ogos lalu.
Tiada persefahaman didakwa punca hubungan perkahwinan tidak sampai dua tahun itu berakhir.